Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH HANTU JU-ON, KAYAKO SAEKI


    Kisah Kayako merupakan salah sebuah legenda urban paling menyeramkan di negara Jepun yakni mengisahkan seorang wanita yang telah mati dibunuh dengan kejam oleh suaminya sendiri sebelum dia kembali sebagai hantu dengan penuh dendam.

    Kisah legenda urban menakutkan ini berawal dengan Kayako sebagai seorang gadis muda yang telah menjadi mangsa pengabaian ibu bapanya. Dia sentiasa berasa kesunyian serta pada masa sama mengalami kemurungan. Lagi menyedihkan tentang Kayako, dia tidak mempunyai kawan di sekolah dan sering dianggap sebagai bahan jenaka. 


    Diringkaskan cerita iaitu setelah Kayako dewasa, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Taeko Saeki. Mereka berdua mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut. Pada mulanya, Kayako hidup bahagia bersama dengan suami dan anaknya itu.

    Hinggalah satu hari, Taeko telah menggeledah bilik tidur dalam rumahnya sebelum dia menemui sebuah diari kepunyaan Kayako. Sesudah membaca diari tersebut, Taeko mengesyaki bahawa Kayako sudah berlaku curang kepadanya. Saat Kayako baru pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja, dia telah diserang oleh Taeko yang memang menunggu kepulangannya itu untuk melakukan serangan. Kayako bukan saja dipukul malah badannya juga turut dikelar dengan pisau betul-betul di depan mata anak mereka. 


    Kayako berusaha untuk melarikan diri namun dikejar Taeko hingga menyebabkannya terjatuh lalu terseliuh pada bahagian buku lali kaki. Dalam keadannya kesakitan, Kayako cuba menuruni tangga dengan cara merangkak. Belum selesai Kayako berbuat sedemikian, dia telah diheret semula Taeko naik ke tingkat atas rumah. Lebih kejam apabila Taeko bertindak untuk mematahkan leher Kayako sekaligus mengakibatkan isterinya itu menjadi lumpuh. Tiada apa-apa yang Kayako boleh lakukan melainkan mengeluarkan bunyi suara kesakitan. Kayako kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik dan seterusnya diletakkan di dalam loteng rumah untuk dibiarkan mati. Selepas itu, Taeko pergi mengambil anak lelakinya untuk dilemaskan di dalam tab bilik mandi. 

    Disebabkan cara kematiannya yang penuh dengan tragis, Kayako menjelma sebagai hantu untuk membalas dendam kepada suaminya. Taeko telah mati dibunuh akibat dicekik hantu Kayako, cekikan dengan rambut. Mayat Taeko telah ditemui oleh pihak polis dengan kes kematian tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri. Sejak itu, hantu Kayako terus menghantui rumah tempatnya dibunuh. Siapa yang tinggal di rumah tersebut akan mendengar bunyi suara hantu Kayako selain penampakannya di tangga. 

Catat Ulasan for "KISAH HANTU JU-ON, KAYAKO SAEKI"