KISAH KEM KONSENTRASI DI KOREA SELATAN : Kem Sebenar “Squid Game”
Pada tahun 1975 bertempat di Busan, Korea Selatan, terbinalah
bangunan Brothers Home iaitu sebuah pusat perlindungan yang memang khas
disediakan untuk golongan gelandangan. Pembinaan Brothers Home ini adalah atas
arahan Presiden Korea Selatan pada waktu itu bagi memastikan tiada lagi
golongan gelandangan tinggal di jalanan dengan objektif tersebut diteruskan
hingga menjelang Sukan Olimpik 1988 susulan Korea Selatan dipilih untuk menjadi
sukan yang berprestij tersebut. Walau bagaimanapun, siasatan pada tahun 1987
mendapati bahawa hanya 10% daripada ribuan penghuni di pusat perlindungan itu
adalah golongan gelandangan manakala selebihnya pula merupakan peniaga jalanan,
mangsa penculikan yang berusia dari 5 hingga 6 tahun, anak-anak yatim piatu dan
orang kelainan upaya. Kebanyakan daripada mereka dimasukkan ke pusat perlindungan
tersebut akibat dipaksa oleh pihak polis yang menerima ganjaran untuk setiap
penghuni yang mereka masukkan.
Menerusi pengalaman daripada mangsa termasuk terdiri daripada kaum wanita yang pernah menghuni di pusat perlindungan itu, mereka telah dibawa ke balai polis terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah van putih yang kemudian menuju ke sebuah lokasi rahsia. Mangsa mendakwa dibawa pergi tanpa diberikan sebarang penjelasan selain dipukul jika mengeluarkan suara tangisan. Sampai di lokasi, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan besar di mana pintu bangunan yang diperbuat daripada besi tersebut telah dikunci dari luar. Mangsa seterusnya ditempatkan di dalam sebuah bilik asrama yang boleh memuatkan seramai hampir 100 orang. Mangsa yang turut dibotakkan kepala turut diberikan baju uniform berwarna biru serta pada masa sama menggunakan nombor sebagai panggilan nama mereka. Baju uniform itu adalah satu-satunya pakaian yang perlu dipakai oleh mangsa untuk setahun. Dedah mangsa lagi, mereka hanya diberikan sebanyak 30 berus gigi yang perlu dikongsi pakai untuk seramai 150 orang.
Dedah mangsa, mereka dikerah untuk menjadi buruh sepanjang hari dengan rutin harian mereka tersebut bermula dari jam seawal 5 pagi. Jika hasil kerja mereka yang lakukan tidak memuaskan, mereka akan menerima hukuman yang sangat berat. Salah satu daripada hukuman itu adalah dengan cara pukulan hingga menyebabkan badan mangsa berdarah serta lebam. Perkara lain yang menyedihkan, hampir semua tahanan mempunyai tubuh badan kurus kerana diberikan makanan dengan kuantiti sedikit. Sebut pasal tahanan wanita, ada antara mereka yang dirogol hingga hamil. Mangsa yang hamil tersebut seterusnya akan disuntik dengan bahan rahsia. Tidak lama selepas itu dibuat, mangsa yang hamil tadi akan mengalami keguguran. Penghuni orang kelainan upaya diasingkan dengan mereka diberikan dadah secara berterusan. Semua Penghuni di pusat perlindungan tersebut tidak dapat untuk melarikan diri kerana kawasan pagar di dalamnya telah diawasi ketat oleh pengawal keselamatan. Tiada siapa pun pernah yang berjaya melakukan percubaan melarikan diri dari pusat Brothers Home ini.
Hinggalah pada bulan Disember 1986, seorang lelaki bernama Kim
Yong-won yang juga merupakan seorang pendakwa raya sedang memburu binatang di
dalam sebuah hutan bersama dengan rakan sekerjanya. Sewaktu berburu itu, Kim
Yong-won tiba-tiba telah ternampak sekumpulan lelaki yang sedang melakukan
kerja-kerja buruh dengan keadaan kaki mereka dirantai dengan rantai besi sambil
diawasi oleh beberapa orang penjaga. Selepas kumpulan tersebut selesai
melakukan pekerjaan, mereka semua dimasukkan ke dalam kandang besar sebelum
beredar pergi dari kawasan situ. Melihat aksi sangat tidak berkeperimanusiaan
tersebut, Mr. Park akhirnya melakukan siasatan tersendiri sebelum dia melakukan
dakwaan terhadap pengusaha Brothers Home itu yang dikenali sebagai Park
In-Geun.
Park In-Geun |
Diringkaskan cerita yakni disebabkan masalah ketidakadilan dan rasuah dalam sistem perundangan Korea Selatan pada waktu tersebut, Park In-Geun hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan atas pertuduhkan yang dikenakan terhadapnya. Kim Yong-won sendiri pula ditukarkan lokasi tempat bertugas selepas cuba menegakkan keadilan untuk penghuni Brothers Home. Bayangkan pada tahun 1985 dan 1986 saja, Park In-Geun telah mendapat dana peruntukan sebanyak 10 juta mata wang Dollar daripada kerajaan Korea Selatan untuk menjalankan operasi Brothers Home.
Bekas penghuni Brothers Home |
Sesudah penutupan operasi Brothers Home pada sekitar tahun 1988, ia seolah-olah bagai cendawan selepas hujan berikutan banyak pusat serupa yang telah dibuka selepas itu. Kebanyakan penghuni yang keluar dari Brothers Home pula kekal menjadi gelandangan malah ada juga antara mereka terpaksa dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa akibat penyakit trauma yang dialami. Paling menyedihkan, mereka semua tidak pernah diberikan apa-apa jenis wang pampasan daripada pihak sepatutnya. Hanya pada tahun 2012, barulah seorang demi seorang penghuni Brothers Home berani untuk tampil ke hadapan untuk melakukan protes dengan cara berkhemah di depan bangunan mahkamah demi menuntut keadilan. Protes tersebut bukan dilakukan untuk sehari dua akan tetapi selama 3 tahun. Tahun 2020, pihak yang berkenaan akhirnya terpaksa akur untuk membuka semula kes siasatan ke atas Brothers Home. Tentang Park In-Geun, dia yang kekal menjadi individu kaya setelah penutupan Brothers Home telah pun meninggal dunia pada tahun 2016 akibat penyakit tua.
Catat Ulasan for "KISAH KEM KONSENTRASI DI KOREA SELATAN : Kem Sebenar “Squid Game” "