Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN ASHLEY ZHAO YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

    Pada 9 Januari 2017 bertempat di negara Amerika Syarikat, pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki di mana dua membuat aduan tentang kehilangan anak perempuannya yang berusia 5 tahun. Budak itu dipercayai hilang semasa berada dia berada di dalam restoran milik keluarganya pada hari sama panggilan telefon tersebut dibuat. Bertindak atas maklumat itu, pihak polis kemudian menjalankan siasatan secara terperinci sebelum mereka akhinya melakukan pemeriksaan di restoran berkenaan. Hasil pemeriksaan, mayat budak perempuan tersebut ditemui dalam peti beku yang terletak di ruang dapur restoran itu. Lagi mengejutkan, budak perempuan itu sebenarnya telah dibunuh oleh ibu bapanya sendiri.

    Liang Zhao dan Mingming Chen merupakan pasangan suami isteri yang menjalankan perusahaan restoran makanan tradisional yang dikenali sebagai Ang’s Asian Cuisine iaitu berlokasi di utara Canton negeri Ohio. Pasangan tersebut yang berkahwin hanya selepas beberapa bulan berkenalan itu mmpunyai dua orang anak perempuan. Disebabkan terlalu sibuk menguruskan restoran mereka tersebut, Liang dan Chen jarang dapat meluangkan untuk bersama dengan anak mereka. Malah anak kedua mereka yang bernama Ashley kerap dimarahi oleh Chen kerana bersikap degil dan terlalu nakal. Namun kedegilan serta kenakalan Ashley itu dikatakan hanyalah untuk mendapatkan perhatian daripada Chen. Ashley serta kakaknya juga sering dihantar oleh Chen ke New York untuk dijaga oleh nenek serta datuk mereka.

    Menguruskan restoran keluarganya secara harian bukan mudah untuk Chen. Dia bergelut dengan emosi dan mental hingga menyebabkannya mengalami kepenatan. Malah Chen menjadikan anak-anaknya sebagai tempat dia untuk melepaskan kemarahan. Ini termasuklah bertindak untuk memukul apabila anak-anaknya itu tidak mendengar kata. Hinggalah pada 9 Januari 2017 yakni sewaktu Chen melakukan kerja di ruang dapur restorannya, Ashley telah bergaduh dengan kakaknya. Chen sempat untuk memberikan amaran kepada anak-anaknya supaya pergaduhan tersebut dihentikan. Namun apabila Ashley tidak mengendahkan amaran itu, Chen berasa geram dan marah. Apa yang Chen lakukan, dia bukan saja menumbuk muka Ashley secara berkali-kali bahkan turut menghentak anaknya itu pada lantai dapur.

    Tidak selepas insiden tersebut, Liang telah mendapati mulut Ashley mengeluarkan cecair berwarna hijau. Menyedari nafas Ashley yang semakin perlahan, Liang cuba memberikan bantuan pernafasan akan tetapi sudah terlambat. Ashley akhirnya meninggal dunia. Setelah Liang dan Chen berbincang, mereka bersepakat untuk menyembunyikan mayat Ashley di dalam peti beku restoran itu dengan taburan bagi menutupi mayat anak perempuan mereka tersebut. Sesudah berbuat sedemikian, pasangan itu pun membuat laporan polis tentang kehilangan Ashley yang mereka dakwa keluar dari restoran mereka melalui pintu belakang pada pukul 9 malam untuk pergi bermain. Dua hari sesudah laporan kehilangan Ashley tersebut, pihak polis telah menemui mayatnya di lokasi kejadian. Penemuan mayat Ashley itu berjaya dibuat oleh pihak polis susulan keterangan daripada Liang dan Chen yang didapati sangat mencurigakan.

    Maka pihak polis pun melakukan penangkapan ke atas Liang dan Chen yang telah disyaki melakukan pembunuhan. Setelah disoal siasat, mereka berdua yang ditekan secara berterusan akhirnya membuat pengakuan tentang jenayah yang mereka sudah lakukan. Kata Chen dalam keadaannya menangis,

    “Saya perlu menguruskan semua perkara di restoran itu. Saya hanya mempunyai dua tangan dan saya tidak pernah ingin memukul Ashley akan tetapi adakalanya kita pun takkan dapat kawal tingkah laku kita.”

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Liang dan Chen didapati bersalah atas pertuduhan yang dikenakan kepada mereka. Liang yang menerima pertuduhan bersubahat serta menyembunyikan bukti telah dihukum penjara selama 12 tahun manakala Chen dipenjarakan untuk tempoh 22 tahun kerana melakukan pembunuhan. Memandangkan status Chen yang bukan penduduk tetap Amerika Syarikat, dia akan dihantar pulang ke negara China sebaik saja dia selesai menjalani hukuman penjara tersebut. 

Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN ASHLEY ZHAO YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"