Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM BAYI PARIS TALLEY

    “Saya sudah membunuh bayi saya. Saya telah membalutnya lalu diletakkan di dalam ketuhar. Saya panaskan ketuhar lalu keluar dari rumah. Bayi saya dalam ketuhar tersebut.”

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada bulan Ogos tahun 2005 bertempat di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat di mana seorang bayi baru berusia 3 minggu yang bernama Paris Talley telah dimasukkan ke dalam ketuhar oleh ibu kandungnya sendiri hingga menyebabkan kematiannya. Jadi, apa sebenarnya perkara yang berlaku hingga memicu ibu Paris bertindak kejam sedemikian.

    Pada hari kejadian, China Arnold yakni seorang ibu muda berusia 25 tahun sedang berada di rumah bersama dengan teman lelakinya iaitu Terrell Talley. Waktu tersebut, pasangan itu sudah pun mempunyai empat orang anak. Paris merupakan anak bongsu mereka yang baru saja dilahirkan pada 28 hari sebelumnya. Sebelum Paris ditemui mati, Terrell dan China telah keluar pergi membeli minuman keras. Jadi apa yang berlaku kemudian, pasangan itu menjadi mabuk lalu menyebabkan mereka berdua bertengkar. Punca pertengkaran, Terrell berasa ragu-ragu samada Paris adalah anak kandungnya. Dalam erti kata lain, Paris berkemungkinan besar merupakan anak hasil hubungan sulit China dengan lelaki lain. Pertengkaran Terrell dan China telah berlanjutan selama dua jam. Sampai di rumah, Terrell sempat menampar China sebelum dia keluar semula bagi menenangkan diri.

    Sementara itu, China yang masih dalam kedaan mabuk bertindak untuk melepaskan geram terhadap Paris. China telah memasukkan Paris ke dalam ketuhar. Ketuhar tersebut seterusnya dipanaskan selama lebih 2 minit. Sesudah itu, China mengeluarkan Paris lalu diletakkan ke dalam tab mandi sebentar dan seterusnya dipindahkan ke atas sofa. Sejurus selepas Terrell kembali pulang semula ke rumah, dia telah melihat China sudah pun tertidur. Keadaan Paris dengan mukanya yang pucat hanya disedari oleh Terrell dan China pada keesokan harinya. Paris sempat dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut namun sayang semuanya sudah terlambat apabila doktor perubatan mengesahkan kematiannya. 

    Berdasarkan laporan forensik, Paris dipercayai mati setelah terkena suhu setinggi sekitar 107 hingga 108 Fahrenheit (41.7 – 42.2 Celcius). Walaupun Paris tidak mengalami sebarang luka luaran, dia bagaimanapun telah mengalami kecederaan parah pada organ dalaman. Punca kematian Paris adalah disebabkan hiportemia namun kes diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan. Rentetan daripada perkara tersebut, China telah ditangkap atas pertuduhan membunuh akan tetapi dia dibebaskan semula berikutan kekurangan bukti kukuh daripada pihak pendakwaan. Pembebasan China itu tidak berkekalan lama apabila dia sekali lagi ditangkap pada bulan November 2006.

    Sedikit mengenai China, dia mempunyai beberapa rekod jenayah seperti pernah melakukan penculikan pemalsuan dokumen. Sepanjang tempoh China dipenjarakan, dia dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan banduan wanita yang sebilik dengannya. Malah menurut keterangan daripada banduan wanita berkenaan, China ada membuat pengakuan kepadanya mengenai pembunuhan Paris. Terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa China turut membuat pengakuan serupa kepada Terrell. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes tahun 2011, China yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup tanpa sebarang pembebasan bersyarat.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM BAYI PARIS TALLEY"