Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DI APARTMENT TINGKAT 15

Zhang Bo dan Chen Meilin

    “Aku hanya akan mengahwini kamu apabila anak-anak kamu sudah tiada. Alang-alang kamu sudah berniat untuk membunuh, apa kata kamu bunuh kedua-dua sekali anakmu.”

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara China pada 2 November 2020 di mana seorang lelaki telah membunuh dua orang anaknya yang masih dengan cara membaling mereka melalui tingkap yakni dari tingkat 15 apartment. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan lelaki itu tergamak untuk melakukan perbuatan langsung tidak berkeperimanusiaan tersebut. Lebih sadis, mangsa yang dibunuh itu pula adalah darah dagingnya sendiri.

    Baiklah, begini kisahnya. Pada tahun 2017, seorang lelaki bernama Zhang Bo telah mengahwini wanita pilihannya iaitu Chen Meilin. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua mempunyai dua orang anak. Tahun 2018, anak sulung mereka yang juga merupakan seorang perempuan (Zhang Ruixue) telah dilahirkan disusuli dengan kelahiran anak lelaki (Zhang Yangrui) pada tahun berikutnya. Diringkaskan cerita, Zhang dan Chen kemudian sah bercerai pada bulan Februari 2020. Penceraian itu berlaku gara-gara kecurangan Zhang yang telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita dikenali sebagai Ye Chengchen. Tentang hak penjagaan anak, Zhang diberikan hak untuk menjaga Zhang Yangrui manakala Zhang Ruixue pula dijaga oleh Chen.

    Selepas bercerai, Zhang telah menerima desakan berkali-kali daripada Ye supaya dia membunuh anaknya. Ye menyuruhnya berbuat sedemikian dengan memberikan alasan bahawa ibu bapanya tidak menyukai status lelaki yang sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu. Malah sampai satu tahap, Ye sering membuat ugutan untuk melukakan pergelangan tangannya sendiri jika dia tidak membunuh anak-anaknya seperti yang dikehendaki. Enggan untuk berasa terus tertekan, Zhang akhinya bersepakat dengan Ye untuk melenyapkan nyawa kedua-dua anaknya dengan plot pembunuhan “kematian yang tidak disengajakan.”

Zhang Bo dan Ye Chengchen

    Maka pada bulan November 2020, Zhang telah pergi ke rumah Chen untuk mengambil anak Zhang Ruixue. Alasan yang diberikan Zhang, dia ingin membelikan pakaian baru untuk anak perempuannya itu. Terus melangkau ke waktu kejadian, Zhang telah membaling kedua-anaknya dari balkoni apartment miliknya yang berada di tingkat 15. Zhang terus melakukan aksi tersebut kerana mengalami ketakutan sesudah dia melihat Ye mencederakan diri sewaktu mereka bersemuka secara panggilan video telefon. Setelah melakukan balingan itu, Zhang turun ke bawah untuk melihat Zhang Ruixue dan Zhang Yang Rui serta pada masa sama dia telah berlakon menangis. Zhang Ruixue bagaimanapun meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian. Begitu juga dengan Zhang Yang Rui yang menghembuskan nafas terakhir sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.

    Pada mulanya, kematian anak-anak Zhang diklasifikasikan sebagai kes kematian akibat kemalangan yang tidak disengajakan susulan dakwaan daripada Zhang mendakwa tertidur sewaktu kejadian berlaku. Namun semuanya terbongkar di mahkamah. Zhang yang tidak dapat untuk berdolak-dalih secara berterusan akhirnya membuat pengakuan mengenai pembunuhan tersebut. Motif pembunuhan adalah supaya Zhang dan Ye dapat hidup bersama tanpa kehadiran anak-anak Zhang. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada bulan Disember 2021, Zhang yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman mati. Ye? Dia menerima nasib sama kerana telah mendesak Zhang melakukan kesalahan jenayah berat. 

1 ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DI APARTMENT TINGKAT 15"