KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SHASHA SAMSUDEAN
Kisah pembunuhan ini berlaku pada tahun 2015 bertempat di negara
Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Shasha Samsuden adalah seorang wanita berusia
27 tahun yang bekerja di sebuah syarikat perusahaan hartanah. Dia yang juga
merupakan lulusan dari University Florida digambarkan sebagai seorang
berperwatakan baik, peramah dan begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya.
Selain itu, Shasha juga sering menghabiskan masa hujung minggunya untuk pergi berhibur
samada di bar, pub ataupun restoran.
Kisah sebenar bermula pada 17 Oktober 2015 di mana malam
tersebut Shasha telah pergi ke sebuah kelab malam bersama dengan beberapa orang
rakannya. Lebih kurang pukul 12.30 pagi selepas itu, Shasha memberitahu kepada
rakan lelakinya yang bernama Anthony bahawa dia ingin beredar dari kelab malam
tersebut. Apa yang berlaku kemudian yakni pada keesokan harinya, Shasha tidak
muncul untuk bersarapan dengan Anthony seperti yang dia telah janjikan kepada
Anthony. Setelahgagal untuk menghubungi Shasha secara berterusan, Anthony mula
berasa risau kerana Shasha adalah seorang yang begitu aktif bermain telefon. Rentetan
daripada perkara ini, Anthony telah mengajak beberapa orang lagi rakannya untuk
melakukan pemeriksaan di apartment kediaman Shasha. Setibanya mereka di lokasi,
pintu masuk apartment Shasha pun diketuk selama berkali-kali akan tetapi tiada
sebarang sahutan yang didengari. Rentetan daripada perkara ini, Anthony pun
meminta bantuan daripada pihak polis.
Tidak lama sesudah itu, pihak polis pun tiba di lokasi kejadian dengan ditemani oleh seorang pengawal keselamatan bangunan apartment tersebut yang dikenali sebagai Steven Duxbury. Hasil pemeriksaan yang pihak polis lakukan, mereka telah menemui mayat Shasha yang dibalut dengan selimut di atas katil dalam bilik tidurnya. Bra dan seluar dalam Shasha telah terlondeh. Pada masa sama, badannya mempunyai bauan cucian peluntur. Ada kesan kecederaan pada leher Shasha yang dipercayai berpunca daripada cekikan. Pihak polis turut menemui dua kesan cap jari pada tempat duduk tandas. Walau tiada sebarang tanda pecah masuk rumah, barangan peribadi Shasha seperti telefon dan beg duit tidak dapat untuk ditemui. Berdasarkan laporan forensik, Shasha telah dipukul sebelum dirogol lalu dicekik sampai mati. Terdapat juga kesan DNA orang asing pada tubuh badan Shasha.
Mengambil kira pergerakan Shasha pada malam kejadian, pihak
polis pun menjalankan siasatan lebih terperinci dengan membuat semakan rakaman
kamera litar tertutup. Bermula saat Shasha keluar dari kelab malam, dia dilihat
berjalan seorang diri dalam keadaannya mabut untuk pulang ke apartment. Shasha
seterusnya telah menaiki kereta Uber dengan ditemani oleh dua orang wanita yang
tidak dikenali. Disebabkan perkara ini, pihak polis kedua-dua wanita berkenaan
tampil bagi membantu siasatan. Dua orang wanita tersebut memberikan kerjasama
sepenuhnya dengan dakwaan bahawa mereka berkongsi kereta Uber pada malam
kejadian adalah kerana berasa bimbang dengan keselamatan Shasha waktu itu. Jadi
atas dasar tanggungjawab, mereka berdua tekad untuk menghantar Shasha hingga ke
lokasi bangunan apartment.
Maka sah dua orang wanita tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kematian Shasha. Menerusi rakaman di bangunan apartment pada waktu kepulangan Shasha, dia telah berjalan menuju ke apartment kediamannya bersama dengan Steven pada sekitar jam 2.30 pagi. Keterangan daripada Steven kepada pihak polis pada waktu sebelumnya adalah dia mengekori Shasha berikutan Shasha yang dalam keadaan mabuk teruk. Dalam erti kata lain, Steven bersiap siaga untuk memberikan sebarang jenis bantuan. Dakwa Steven lagi, Shasha turut terlupa kata laluan kod kunci pintu masuk apartment kediamannya. Pukul 6.00 pagi, Steven beredar pergi dari bangunan apartment kerana waktu kerjanya sudah pun tamat.
Pihak polis yang berasa tidak berpuas hati telah meneliti
semula rakaman kamera litar tertutup di bangunan apartment itu buat kali kedua.
Kali ini, pihak polis berjaya mengesan satu rakaman yang menunjukkan Steven
masih berada di lokasi kejadian pada pukul 6.30 pagi sekaligus bercanggah
dengan keterangan dia berikan. Dalam rakaman tersebut, Steven dilihat sedang
membawa dua plastik sampah dengan salah satu daripada plastik sampah itu adalah
plastik sampah yang ditemui di dalam apartment Shasha. Kesudahannya, Steven pun
ditahan sebelum diarahkan untuk menjalani ujian poligraf. Steven ternyata gagal
melepasi ujian tersebut. Steven menerima pertuduhan melakukan pembunuhan
peringkat pertama susulan DNA dan cap jari Steven yang disahkan sepadan dengan penemuan
DNA serta cap jari di lokasi kejadian.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Steven yang didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan beberapa lagi pertuduhan lain telah menerima dua hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 15 tahun penjara kerana melakukan rompakan. Dia kini dipenjarakan di Graceville Correctional Facility , Jackson County, Florida.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SHASHA SAMSUDEAN"