KISAH SEWU DINO (1000 HARI), LEBIH SERAM DARIPADA KKN DI DESA PENARI?
Seperti yang kita semua sedia maklum, kisah KKN di Desa
Penari sedang menjadi sohor kini oleh para pengguna laman media sosial. Cumanya
tahukan anda ada satu lagi kisah daripada @SimpleMan81378523 yang dikatakan lebih
menyeramkan dari KKN di Desa Penari. Kisah yang dimaksudkan adalah berjudul “Sewu
Dino (1000 Hari)”. Sama seperti KKN di Desa Penari, “Sewu Dino (1000 Hari)”
juga dikatakan dari kisah benar.
Kisah Sewu Dino (1000 Hari) adalah daripada tiga sumber
berbeza dengan salah satu sumber tersebut merupakan watak utama dalam kisah ini
yang didakwa berlaku pada tahun 2001 berlokasi di Jawa Timur. Jalan ceritanya
mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sri yang mencuba nasibnya untuk
menjadi seorang pembantu rumah orang kaya kerana berikutan sedar akan status
dirinya yang tidak berpelajaran tinggi.
Kisahnya bermula apabila Sri bertekad untuk bekerja sebagai
seorang pembantu rumah orang kaya kerana dia ingin membantu kehidupan
keluarganya yang miskin biarpun pada mulanya niat Sri itu mendapat tentangan daripada
bapanya. Diringkaskan cerita, Sri mendapat pekerjaan tersebut melalui sebuah
syarikat perusahaan kerja. Sri bersama dua orang lagi wanita bernama Erna dan
Dini diterima untuk bekerja di sebuah rumah wanita kaya yang dikenali sebagai
Mbah Karsa. Sri, Erna dan Dini telah ditawarkan dengan kadar pendapatan yang
agak tinggi. Cumanya tawaran pendapatan lumayan itu sebenarnya adalah bersebab.
Mereka harus bekerja di sebuah rumah yang terletak dalam hutan di mana rumah
tersebut hanya dihuni oleh dua orang iaitu Mbah Tamin dan seorang perempuan
yang bernama Dela.
Seperkara harus diketahui, Dela adalah cucu kepada Mbah
Karsa yang merupakan seorang perempuan muda uzur yang menderita penyakit kudis.
Penyakit itu dialami oleh Dela akibat terkena sejenis sihir bernama Sewu Dino. Tugas
seharian Sri di rumah tersebut adalah untuk menguruskan penjagaan Dela seperti
urusan mandian. Terdapat beberapa peraturan rumah itu yang harus dipatuhi.
Antaranya adalah tidak membukakan pintu sewaktu ketiadaan Mbah Tamin di rumah,
mengikat Dela sewaktu dia dimandikan dan banyak lagi perkara.
Satu hari, Sri terlupa untuk mengikat Dela sewaktu dia cuba
memandikan Dela. Pada masa sama, Mbah Tamin tidak berada di rumah. Namun Mbah
Tamin sempat memberikan supaya pintu rumah tidak dibuka walau apa jua situasi
sekalipun. Saat Sri baru teringat tentang ikatan tali tersebut, Dela tiba-tiba
tersenyum sebelum dia memegang leher Sri sambil menunjukkan giginya yang
kehitaman. Erna dan Dini kemudian bergelut untuk meletakkan semula Dela di
tempat pembaringannya. Selepas insiden itu, ketiga-tiga mereka cuba menahan
diri untuk tidak membuka pintu rumah biar terdapat bunyi ketukan dari luar
rumah.
Dijadikan cerita, Dini tiba-tiba pergi membuka pintu rumah. Dia melihat Mbah Tamin yang masuk ke dalam rumah lalu melakukan ritual kepada Dela. Apa yang aneh yakni pada keesokan harinya, Mbah Tamin pulang ke rumah dalam keadaannya kepenatan. Persoalan yang melanda pada waktu ini, siapa sebenarnya yang pulang ke rumah pada malam sebelumnya? Hingga pada akhirnya, salah seorang daripada tiga orang pembantu rumah tersebut telah meninggal dunia. Malah Sri turut diganggu pada setiap malam oleh makhluk halus yang menumpang dalam badan Dela. Tanpa diduga juga, Sri, Erna dan Dini mempunyai persamaan. Ketiga-tiga mereka dilahirkan pada malam Kliwon.
Catat Ulasan for "KISAH SEWU DINO (1000 HARI), LEBIH SERAM DARIPADA KKN DI DESA PENARI?"