KKN DI RUMAH KOSONG KLATEN
Gambar sekadar hiasan |
Kisah seram KKN mahasiswa Yogyakarta ini pertama kali diciap oleh seorang pengguna akaun Twitter yang bernama @Wakhidnurrokhim pada hari Selasa bersamaan dengan 12 Oktober 2021. Hingga saat ini, kisah KKN di Rumah Kosong Klaten dari akaun ini telah mendapat 63 ribu tanda suka dan diciap lebih dari 12 ribu kali.
Kisah yang dikatakan sebagai kisah benar ini menceritakan
pengalaman sekumpulan mahasiwa semasa menginap di sebuah rumah yang telah
terbiar kosong selama 20 tahun.
Pada cerita kali ini, aku ingin menceritakan salah satu
pengalaman seram yang dialami oleh salah seorang rakanku iaitu Siwi. Kisah
seram ini adalah kisah benar sewaktu dia sedang menjalankan KKN di salah satu
desa di Klaten.
Baiklah, mari mulakan ceritanya.
Aku perkenalkan diri sebagai Sembul. Aku dulu belajar di
salah sebuah universiti swasta yang terletak di daerah Yogyakarta. Pengalaman
ini aku alami sewaktu sedang menjalani KKN di salah satu desa di daerah Klaten.
Nama desa dan nama penduduk berkaitan aku rahsiakan. Sebelum itu, aku tidak
mempunyai sebarang niat untuk menakutkan rakan-rakan sekalian. Apa yang aku
harapkan, rakan-rakan semua dapat mengambil hikmah dan manfaat daripada kisah
ini.
Pada 27 Julai 2019, pihak universiti aku telah memberikan
lokasi tempat pelaksanaan tugasan KKN. Selepas itu, kami pun melakukan tinjauan
lokasi di desa tersebut yang hanya dinamakan sebagai Desa Y. Jarak dari
universiti hingga ke Y itu memakan masa perjalanan sekitar dari 2 hingga 3 jam.
Sampai di desa Y tersebut, kami pun terus menuju rumah Pak Rt memandangkan
rumah kosong yang akan menjadi penginapan kami tidak jauh dari rumah Pak Rt.
Setibanya di rumah Pak Rt, kami pun diajak menuju ke rumah
penginapan kami yang kelihatan sangat menyeramkan. Kami diberitahu oleh Pak Rt
bahawa rumah itu terpaksa ditinggalkan oleh si pemilik selama 2 bulan kerana
dia terpaksa keluar ke bandar atas faktor tuntutan kerja. Gambaran rumah
tersebut boleh dikatakan bersih dengan dilengkapi 2 bilik tidur, 1 bilik mandi
berserta ruang ramu. Walau bagaimanapun, kedua-dua bilik tersebut tidak boleh
dimasuki sama sekali.
Pada hari pertama KKN, pelajar lelaki dan pelajar perempuan
telah bertengkar berpunca daripada masalah tempat tidur. Dalam rumah tersebut,
hanya ada dua ruang saja yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat tidur. Satu
di ruang tamu dan satu lagi tempat adalah di sebuah bilik kecil yang berada di
tengah antara bilik mandi dan 2 bilik tidur itu. Pada akhirnya, pelajar
perempuan memilih untuk tidur di ruang tamu manakala pelajar lelaki tidur di
bilik kecil tersebut.
Satu hari, pelajar perempuan telah pergi makan di sebuah
warung yang terletak di belakang rumah penginapan itu. Aku dan rakan-rakan yang
lain pula makan di atas kerusi panjang yang berada di bawah pokok mangga. Kalau
ikutkan, aku pada mulanya enggan untuk makan di situ kerana diberitahu oleh
rakanku yang bernama Zul bahawa aku tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah
pada waktu tersebut. Namun disebabkan berasa kasihan dengan rakan-rakanku yang
lain itu, aku memutuskan untuk keluar makan juga pada malam tersebut. Semasa
pesanan minumanku sampai, aku mula berasa seram apabila tiba-tiba ada daun
mangga jatuh menimpaku lalu pada telingaku kedengaran bunyi suara bisikan. Aku
cuba untuk bertenang akan tetapi pada masa sama aku terhidu bauan haruman
bunga. Maka aku pun bertanyakan soalan kepada rakan-rakanku samada dia ada
menghidu bauan yang sama seperti aku hidu. Apabila aku diberitahu bahawa mereka
tidak menghidu sebarang bauan seperti yang dimaksudkan. Selepas itu, aku terus
menelefon Zul untuk datang menjemputkan di warung tersebut.
Ada satu malam yakni pada sekitar pukul 10 malam, salah
seorang rakan perempuanku iaitu Tiara telah mengejutkan aku daripada tidur. Aku
dikejutkan untuk menemaninya memasak mi di dapur yang memang menyeramkan bagiku.
Sedang aku membuat kopi saat Tiara memasak mi, lampu di dapur itu tiba-tiba
terpadam dengan sendiri. Susulan kejadian itu, Tiara terus melupakan niatnya
untuk memasak mi. Keesokan paginya, aku dan Tiara pun cuba menghidupkan semula
lampu tersebut. Aneh kerana lampu yang terpadam pada malam sebelum itu dapat
dihidupkan.
Malam berikutnya, aku dan Zul pergi melepak di warung
sesudah bersiar-siar di desa tersebut. Di situ, aku pun bercerita kepada Zul
tentang kejadian aneh yang aku alami sepanjang menginap di rumah itu. Aku tidak
menceritakan kejadian tersebut kepada rakan-rakanku yang lain di rumah tersebut
kerana tidak mahu mereka menjadi ketakutan. Mendengar ceritaku, Zul kemudian
memberitahu bahawa pada malam kejadian lampu di dapur, dia telah ternampak
susuk tubuh manusia lelaki tua (Mbah) yang sedang duduk bersendirian di anjung
rumah. Semasa aku dan Zul khusyuk bercerita, tiba-tiba kami menerima balingan
batu yang tidak diketahui berserta dengan tiupan angin kencang . Zul terus
mengajak aku pulang dan dia menyuruhku untuk bercerita kejadian menyeramkan
sebegitu pada waktu siang kerana dia yakin ada sesuatu yang telah mengekori
mereka.
Beberapa hari kemudian, hampir semua daripada pelajar yang
berada di rumah tersebut telah keluar dari desa untuk menghantar data tugasan
mereka kepada pihak kampus. Hanya ada dua orang yang tinggal di rumah itu iaitu
aku dan rakanku perempuanku dikenali sebagai Dea. Suasana pada malam tersebut
lain daripada yang lain. Malam itu begitu sunyi sepi jika dibandingkan dengan
malam-malam sebelumnya hingga menimbulkan suasana seram. Saat tersebut, muncul
Pak Rt di luar rumah. Dia berborak sebentar kepadaku sebelum tiba-tiba bergegas
untuk beredar pergi dari rumah itu. Tidak lama selepas itu, aku mendapat
pesanan foto daripada Pak Rt di mana foto tersebut menunjukkan terdapat kepulan
asap di belakang aku dan Dea. Aku berasa pelik kerana tiada ada antara kami
yang merokok atau melakukan aktiviti pembakaran sampah. Dea pun terus memulakan
bacaan ayat Kursi sementara menuggu kedatangan rakan-rakan kami yang lain.
Kejadian seterusnya, semasa aku mandi. Namun sebelum aku
mandi, aku sempat menyuruh Zul untuk mengatur penghadang bilik mandi yang
diperbuat daripada buluh. Selesai mandi, Zul memanggilkan lalu menceritakan
bahawa dia telah ternampak Mbah berada di sekitar kawasan bilik mandi itu. Mbah
yang pernah dilihatnya berada di anjung rumah pada tempoh hari.
Keesokan harinya, rakan lelakiku telah tidur di bilik tidur
yang sebelum itu menjadi tempat larangan. Dia berbuat sedemikian memandangkan
tugas KKN sudah hampir untuk diselesaikan pada waktu tersebut. Perbuatan itu
ternyata telah mempengaruhi rakan perempuanku untuk di dalam sebuah lagi bilik
tidur tersebut. Dua hari sesudah itu, salah seorang rakan lelakiku yang
melanggar pantang larang tersebut mengalami satu kejadian yang sukar untuk
dilupakan. Sewaktu dia sedang tidur di ruang tamu tempat kami tidur, kakinya
tiba-tiba ditarik sesuatu hingga masuk ke dalam bilik tidur itu.
Zul telah menjelaskan kepadaku bahawa rumah penginapan kami
tersebut sebenarnya diapit oleh dua tanah suci. Penjelasan Zul itu telah
membuatkanku menjadi kebingungan. Apabila ditanya dengan lebih lanjut berhubung
dengan perkara tersebut, Zul memberitahu apa yang dia maksudkan adalah tanah
perkuburan. Sehari berikutnya, ada seorang jiran tetangga yang tinggal di depan
rumah penginapan kami telah meninggal dunia. Aku dan Zul turut membantu
menguruskan jenazah orang yang meninggal itu dari awal hingga selesai
pengebumian. Malam yang sama, ada acara dangdut dilakukan. Aku berasa pelik
kerana bukankah sepatutnya diadakan majlis bacaan tahlil untuk orang yang baru
meninggal dunia. Menurut penjelasan daripada wanita pemilik warung di belakang
rumah penginapan kami, acara dangdut tersebut memang satu tradisi di desa itu
jika ada sesuatu kejadian besar yang berlaku. Pada saat aku masih berada di
warung tersebut, muncul seorang wanita pertengahan usia yang meminta aku untuk
datang ke rumahnya pada keesokan harinya.
Seperti yang dipinta, aku pun pergi ke rumah wanita
berkenaan pada keesokan harinya. Sepertinya, dia tahu apa yang berlaku dalam
rumah penginapan itu. Cerita wanita tersebut, rumah penginapan kami tersebut
sebenarnya adalah sebuah rumah yang telah dibiarkan kosong selama 20 tahun
lamanya. Dahulu rumah itu dihuni oleh seorang lelaki tua bersama dengan anak
lelakinya. Namun selepas ketiadaan lelaki tua tersebut, anak lelakinya itu berpindah
untuk tinggal bersama dengan isterinya. Jadi rumah tersebut sudah lama tidak
berpenghuni. Maka dari sini juga, aku mendapat tahu bahawa aku sebenarnya telah
menjadi mangsa pembohongan Pak Rt tentang rumah itu. Wanita tersebut juga
mendapat tahu mengenai seorang rakanku yang jatuh sakit selepas memasuki bilik
tidur larangan di rumah itu. Wanita tersebut mendakwa, perkara itu adalah
berpunca daripada kemarahan pemilik rumah tersebut iaitu si Mbah yang berasa
marah kerana bilik tidurnya telah diusik. Aku disuruh oleh wanita itu untuk
meminta penjelasan daripada wanita pemilik warung di belakang rumah penginapan kami
sekiranya aku tidak mempercayai semua cerita tersebut.
Aku pun mengajak Zul berjumpa dengan wanita pemilik warung itu. Ya, semua cerita tersebut adalah benar belaka. Malah rakanku yang sakit itu disuruh untuk melakukan permohonan maaf akibat perbuatannya yang telah melanggar pantang larang di rumah tersebut. Tambah wanita pemilik warung itu lagi, biarpun rumah tersebut telah pun terbiar kosong selama 20 tahun, Mbah itu sebenarnya masih lagi berada di situ. Perkara ini juga menjadi penjelasan insiden kerusi bergerak dengan sendiri sewaktu aku dan rakan-rakanku bermain kad Uno pada satu malam. Seperkara lagi, kami tidak boleh tidur lewat dari pukul 10 malam. Perkara ini berikutan tidur selepas dari waktu tersebut dianggap akan mengganggu waktu rehat Mbah.
Catat Ulasan for "KKN DI RUMAH KOSONG KLATEN "