Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI BUNUH ADIK IPAR PEREMPUAN KERANA BERASA CEMBURU

    INDONESIA – Pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang wanita dikenali sebagai Fashikathul Nikhah (18 tahun) yang mayatnya ditemui dalam sebuah kawasan semak-samun di Kabupaten Demak pada 25 Mei 2022 lalu. Suspek pembunuhan dikenal pasti sebagai Syarif Hidayat (22 tahun) yakni abang ipar kepada Fashikathul. Syarif telah ditangkap oleh pihak polis tidak sampai 24 jam selepas mayat Fashikathul ditemui di lokasi yang berjarak sekitar 20 meter dari rumahnya. Penangkapan Syarif tersebut adalah susulan keterangan daripada saksi dan penemuan bukti penting di sekitar lokasi kejadian.

    Berdasarkan pengakuan yang dibuat Syarif, dia mendakwa kejadian bermula selepas dia berasa terganggu dengan bunyi muzik dari telefon Fashikathul. Syarif kemudian telah pergi ke bilik Fashikathul lalu memberikan amaran kepada adik iparnya itu supaya muzik telefon tersebut diperlahankan. Amaran Syarif tersebut bagaimanapun langsung tidak diendahkan oleh Fashikathul. Perkara ini menyebabkan Syarif berasa marah lalu dia pun menuju semula ke dalam bilik Fashikathul. Mulut Fashikathul ditekup manakala lehernya pula dicekik dengan kuat oleh Syarif. Tak cukup dengan itu, Syarif turut menghentakkan kepada Fashikathul pada dinding.

    Hingga pada akhirnya, Fashikathul pun menjadi semakin lemah. Syarif telah mengambil kesempatan tersebut untuk merogol Fashikathul. Setelah berasa puas, Syarif pun pergi tidur semula bersama dengan isterinya. Tidak lama sesudah itu, Syarif bangun dan sekali lagi memasuki bilik Fashikathul. Kali ini, Syarif cuba untuk merogol Fashikathul buat kali kedua. Fashikathul yang tersedar cuba untuk melawan Syarif dengan sedaya upaya. Namun Fashikathul akhirnya dibunuh oleh Syarif dengan cara pukulan tangan dan kayu. Sebelum mayat Fashikathul dibuang, badannya telah sempat disetubuhi buat kali kedua oleh Syarif.

    Menerusi kenyataan daripada pihak polis, motif pembunuhan adalah kerana Syarif berasa cemburu melihat Fashikathul bersama dengan lelaki lain. Dalam erti kata lain, Syarif sudah lama memendam perasaan terhadap Fashikathul. Jika Syarif didapati bersalah, dia bakal berdepan dengan hukuman samada penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara. 

Catat Ulasan for "LELAKI BUNUH ADIK IPAR PEREMPUAN KERANA BERASA CEMBURU"