Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI DIBUNUH ISTERI KERANA MALAS BEKERJA

    SERBIA – Seorang wanita telah ditahan selepas disyaki melakukan pembunuhan kejam terhadap suaminya. Insiden pembunuhan ini dilaporkan berlaku pada pada 10 Mei lepas di dalam rumah mereka yang berlokasi di Zrenjarin. Wanita berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Teresa Peric tersebut telah menikam suaminya sampai mati. Sesudah berbuat sedemikian, Teresa bertindak untuk mengerat mayat suaminya kepada beberapa keratan termasuk bahagian buah zakar dengan menggunakan gergaji rantai sebelum dimasukkan ke dalam kuali besar untuk direbus.

    Mangsa dikenal pasti sebagai Srdjan Peric, 42 tahun. Berdasarkan penjelasan daripada D.Lj. iaitu anak perempuan Theresa yang telah menjadi saksi pembunuhan tersebut, dia menceritakan bagaimana bapa tirinya itu diberikan dadah oleh ibunya terlebih dahulu sebelum ditikam. Srdjan sempat untuk merangkak ke bahagian ruang akan tetapi dia menerima tikaman daripada Theresa secara berterusan. Sewaktu D.Lj. berlari untuk meminta bantuan daripada abangnya, dia telah terdengar bunyi rantai gergaji di rumah tersebut. Menurut D.Lj. lagi, ibunya sebelum ini memang pernah berniat untuk membunuh Srdjan. Malah menurut keterangan daripada jiran terdekat, Theresa dan Srdjan sering bertengkar dengan punca pertengkaran tersebut adalah akibat rasa cemburu dan sikap Srdjan yang malas untuk bekerja. Bahkan Theresa pernah sekali cuba membakar Srdjan hidup-hidup di atas kati semasa dia sedang tidur.

    Difahamkan bahawa Theresa dan Srdjan ada mengambil ubat-ubatan untuk rawatan penyakit mental. Pada masa sama, Theresa adalah seorang penagih dadah. Selain itu, Theresa juga pernah membuat laporan polis tentang Srdjan hingga menyebabkan suaminya itu dipenjarakan selama sebulan. Pasangan ini juga kerap berpisah akan tetapi kembali tinggal bersama tidak lama setelah perpisahan tersebut. 

Catat Ulasan for "LELAKI DIBUNUH ISTERI KERANA MALAS BEKERJA"