LELAKI TUA INI DIPUJI KERANA DAPAT BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN CANTIK
INDONESIA – Soal rezeki, jodoh dan maut itu adalah rahsia
Allah S.W. T. sejak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Tiada siapa tahu
apakah nikmat rezeki yang bakal perolehi pada masa kelak dan tarikh bila kita akan
dijemput ajal. Begitu juga dengan soal jodoh. Perbezaan usia tidak dapat
menjadi penghalang kalau itu sudah jodoh yang sudah tertulis.
Baru-baru ini, tular tentang kisah perkahwinan pasangan
pengantin yang mempunyai jarak perbezaan usia 47 tahun. Pengantin lelaki
tersebut dikenali sebagai H. Sondani yang berusia 65 tahun manakala usia
pengantin perempuan iaitu Via pula baru 18 tahun. Ramai yang mengatakan bahawa
H. Sondani begitu bertuah dapat memiliki isteri secantik Via.
Menerusi laporan daripada media tempatan Indonesia, Sondani
dan Via mula bertemu sewaktu kedua-dua mereka melakukan aktiviti ziarah di
daerah Jepawa, Jawa Tengah. Sondani memandang Via dengan pandangan cinta pandang
pertama. Tidak lama sesudah pertemuan tersebut, Sondani pun mengenali Via dengan
lebih dekat. Sebulan kemudian, mereka berdua pun membuat keputusan untuk
berkahwin. Perkahwinan dengan Via ini merupakan perkahwinan kedua untuk Sondani
yang sebelum itu bergelar sebagai duda selepas kematian isteri pertamanya pada
10 bulan lepas. Sondani mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan
isteri pertamanya.
Kos perkahwinan Sondani dan Via dilaporkan telah ditanggung
sepenuhnya oleh Sondani dengan jumlah keseluruhannya adalah sekitar 700 juta
rupiah (RM209 392.43). Kos tersebut merangkumi wang hantaran, kereta mewah dan
pakej umrah. Menurut Sondani, dia dan Via berserta beberapa orang lagi anggota
keluarga isterinya itu akan berlepas ke Mekah pada 30 Mei nanti bagi
menunarikan umrah.
H Sondani yang berasal dari di Arjawinangun, Kabupaten Ciberon, Jawa Barat tersebut adalah seorang hartawan hartanah yang terkenal dengan sikap dermawan, mesra dan sering membantu masyarakat di kampungnya.
Catat Ulasan for "LELAKI TUA INI DIPUJI KERANA DAPAT BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN CANTIK"