Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PADAH DERA ANAK, LELAKI INI DIBELASAH BANDUAN DALAM PENJARA

    ENGLAND - Kejadian ini dilaporkan berlaku pada bulan Ogos 2018 bertempat di penjara Swaleside Pulau Sheppey, Kent, England di mana ada sepasang suami isteri bernama Anthony Smith dan Jody Simpson. Bulan tersebut adalah bulan keenam pasangan itu berada di penjara selepas dihukum penjara atas kesalahan melakukan penderaan terhadap anak kandung mereka iaitu Tony Hudgell. Tony baru saja berusia enam minggu sewaktu dia didera oleh ibu bapanya. Lagi menyedihkan, kedua-dua kaki Tony menjadi kudung akibat jangkitan yang berpunca daripada insiden penderaan tersebut.

    Berbalik dengan cerita kejadian, Anthony menjadi cuak selepas identitinya sebagai pendera anaknya diketahui oleh banduan lain. Jadi apa yang berlaku kemudian, Anthony diserang secara beramai-ramai dengan dua orang banduan yang bernama Michael Stewart dan Nathan Odgers dikenalpasti sebagai dalang utama serangan berkenaan. Anthony telah diikat pada katil sebelum mulutnya disumbat dengan stoking yang diisi dengan tin tuna lalu dibelasah tanpa henti selama 2 jam. Banduan membelasah Anthony dengan ketawa sambil menjerit bahawa Anthony harus menerima balasan dengan apa yang dia sudah lakukan kepada anaknya. Malah ada antara mereka mengugut untuk mengerat telinga dan kaki Anthony.

`Insiden serangan tersebut bagaimanapun terhenti setelah pegawai penjara melakukan rundingan dengan kumpulan banduan yang membelasah Anthony. Sementara itu, Anthony yang cedera teruk segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Dia telah mengalami patah gigi, kesan lebam, luka pada bahagian mata dan beberapa lagi kecederaan yang lain. Anthony juga dilaporkan menderita Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD) selepas insiden tersebut. Anthony dan Jody dijangka akan dibebaskan pada bulan Ogos tahun ini.

Catat Ulasan for "PADAH DERA ANAK, LELAKI INI DIBELASAH BANDUAN DALAM PENJARA "