Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SEWU DINO (1000 HARI) BAKAL DIFILEMKAN?

    Filem KKN di Desa Penari kini telah menjadi salah sebuah filem yang paling laris dalam industri perfileman Indonesia. Hingga setakat ini, filem arahan Awi Suryadi tersebut dilaporkan telah berjaya meraih lebih daripada 5 juta orang sejak penayangannya yerng bermula sejak dari 30 April lalu. Seperti yang diketahui, filem KKN di Desa Penari ini diangkat daripada bebenang akaun Twitter SimpleMan (@SimpleM81378523) yang menjadi tular di laman media sosial pada tiga tahun lepas. Salah satu penyebab utama penularan kisah itu berlaku adalah kerana dikatakan sebagai kisah benar.

    Susulan filem KKN di Desa Penari yang kini sudah menjadi fenomena, ramai pengguna laman media sosial telah menyuarakan pendapat mereka supaya satu lagi karya SimpleMan (@SimpleM81378523) berjudul Sewu Dino (1000 Hari) untuk difilemkan. Dipetik daripada laporan yoursay.com, Awi Suryadi iaitu selaku pengarah KKN di Desa Penari tidak menolak sebarang kemungkinan Sewu Dino untuk difilemkan. Perkara ini kerana syarikat MD Entertainment sudah pun memiliki hak cipta ke atas kisah Sewu Dino. Hak cipta tersebut merangkumi untuk mengangkat kisah Sewu Dino samada ke layar novel atau pun filem. Cumanya jika benar sekalipun Sewu Dino ini difilemkan, Awi Suryadi menegaskan bahawa dia tidak akan mengarahkan filem itu kerana dia kini sedang sibuk dengan projek filem Danur 4 : Senjakala.

    Secara ringkasnya, Sewu Dino (1000 Hari) ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Sri berserta dua orang lagi wanita lain iaitu Dini dan Erna yang telah diterima bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah seorang wanita kaya yang dikenali sebagai Mbah Karsa. Sri, Dini dan Erna ditugaskan untuk menjaga serta menguruskan seorang wanita terlantar sakit bernama Dela yang tinggal bersama dengan seorang lelaki tua yang tinggal dalam sebuah rumah yakni berlokasi di tengah hutan. Kerja mereka bukan agak mudah kerana ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang penjagaan Dela. Sejak bekerja di situ, mereka bertiga telah mengalami beberapa insiden seram lagi menakutkan. Hingga pada akhirnya, Sri mendapat tahu tentang Dela yang sebenarnya jatuh sakit akibat disihir. Pada masa sama, terdapat persamaan antara Sri, Dini dan Erna di mana ketiga-tiga mereka merupakan kelahiran malam Jumaat Kliwon.

    Mungkin ada yang masih tertanya-tanya tentang dengan apa yang dimaksudkan dengan Sewu Dino. Begini penjelasannya. Sewu Dino dipercayai sebagai ilmu sihir paling berbahaya di Jawa Timur Indonesia. Jika seseorang itu terkena sihir Sewu Dino, maka konon satu garis keturunan keluarganya dengan seorang demi seorang akan mati dalam tempoh 1000 hari. Selain itu, apa yang paling menakutkan mengenai sihir Sewu Dino ini adalah kewujudan sepasang mahkluk iaitu Sengarturih dan Banarogoh. Kedua-dua ekor makhluk tersebut adalah belaan penyihir yang mengamalkan Sewu Dino. 

   Jika benar filem Sewu Dino ini akan difilemkan kelak, sudah pasti filem itu akan menjadi fenomena seperti KKN di Desa Penari. 

Catat Ulasan for "SEWU DINO (1000 HARI) BAKAL DIFILEMKAN? "