Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA DICERAIKAN SELEPAS 8 HARI KAHWIN, DIMARAHI SUAMI KERANA SALAH CARA CUCI BERAS

    INDONESIA – Baru-baru ini, tular video di laman Instagram tentng seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya hanya selepas 8 hari perkahwin mereka. Dipetik daripada Detik News, wanita yang bernama Eka S Rufaidah itu telah menceritakan pengalaman pahitnya itu melalui laman Instagram dengan nama @kasyiru_. Tulis Eka pada keterangan video tersebut,

    “Ini tentang perjalanan ku, qadarullah aku berkahwin pada tanggal 6 Mac 2022. Namun pada tanggal 14 Mac 2022, dia menceraikan aku. Ya, aku hanya dikahwini selama 8 hari.”

    Eka kemudian melanjutkan penceritaan kisahnya itu pada bebenang laman akaun Twitter miliknya iaitu @EkaRufaedah. Berikut adalah jalan ceritanya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

    “Bismillah, aku pernah membaca sebuah kisah seorang wanita yang berkahwin 12 hari, dan aku pernah menonton sebuah filem berjudul wedding agreement. Dua kisah yang menceritakan tentang perkahwinan. Tidak pernah terbayang aku akan mengalaminya.”

    Cerita Eka lagi, dia telah berkahwin dengan seorang pensyarah yang bergelar sebagai doktor di sebuah universiti swasta di Jakarta. Perkahwinan mereka berdua berlangsung pada 6 Mac 2022 namun bercerai pada lapan hari kemudian dengan alasan penceraian yang begitu remeh.

    “Alasan? Sangat remeh. Bermula dengan isu pakaianku yang tidak sengaja telah terkena nasi yang dia akan makan.”

    Bercerita mengenai pertemuan mereka, Eka dan suaminya berkenalan melalui laman mencari jodoh. Selepas perkenalan singkat tersebut, Eka telah menerima ringkasan pengenalan diri suaminya itu melalui e-mel pada 26 Februari 2022. Keesokan harinya, mereka berdua pun bertemu buat kali pertamanya. Sewaktu pertemuan tersebut, Eka telah ditemani seorang rakannya manakala suaminya itu pula membawa ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain. Eka terus diajak untuk berkahwin dengan semua kos perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh suaminya.

    Sehari selepas perkahwinan tersebut, Eka telah mendapat tahu bahawa suaminya itu adalah seorang pengidap penyakit Personaliti Obessif Kompulsif (OCD), sejenis kecelaruan personaliti yang dicirikan oleh sifat individu yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran dan hubungan. Pada awalnya, Eka mengaku bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu.

    “Dia adalah seorang yang sangat mementingkan kebersihan akan tetapi di sisi lain, dia tidak menyukai jika rumahnya yang berselerak dikemas. Satu hari iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan 12 Mac 2022 di mana saat itu dia telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik yang berdekatan rumahnya akibat dijangkiti Covid-19. Walaupun dia terkena Covid-19, aku tetap menemaninya di klinik tersebut.”

    Satu hari, suaminya telah meminta Eka untuk menyiapkan makanan dan merendam senduk nasi ke    dalam ari panas. Tanpa sengaja, nasi yang ingin dimakan suami Eka telah terkena pada baju Eka. Perkara ini sekaligus menyebabkan Eka dimarahi. Satu lagi kejadian adalah pada 13 Mac 2022 yakni sewaktu Eka sedang mencuci beras. Eka bagaimanapun disuruh oleh suaminya untuk membuang beras yang sedang dicucinya itu ke dalam tong sampah. Puncanya, cara cucian Eka tersebut adalah tidak betul pada mata suaminya. Eka yang berasa benar-benar terkilan terpaksa akur untuk membuang beras tersebut. Tidak lama setelah itu, Eka telah mengalami kesakitan perut yang disebabkan sakit senggugut. Jadi Eka terpaksa meletakkan bantal peluk pada paha bagi meredakan kesakitan tersebut. Malangnya, suami Eka telah menuduh Eka sebagai isteri yang tidak taat.

    Keesokan harinya, Eka meminta izin untuk kembali pulang ke rumah ibu bapanya secara bersendirian dengan menaiki bas. Pada 14 Mac 2022, Eka menerima kiriman Whatsapp daripada suaminya yang melafazkan cerai kepadanya. Menurut Eka, dia membuat hantaran pada laman Instagram dan Twitter tentang kisah peribadinya itu dengan untuk harapan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada wanita lain yang berada di luar sana. Nasihat Eka bahawa perkahwinan bukanlah satu perkara yang main-main. Rata-rata warganet telah memberikan kata-kata sokongan kepada Eka.

Catat Ulasan for "WANITA DICERAIKAN SELEPAS 8 HARI KAHWIN, DIMARAHI SUAMI KERANA SALAH CARA CUCI BERAS"