WANITA MENYAMAR JADI LELAKI SELAMA 36 TAHUN DEMI MEMBESARKAN ANAK
Petchiammal |
INDIA – Secara
umumnya, gangguan seksual merupakan salah satu gangguan terbesar yang dialami
oleh kaum wanita dalam usaha untul mencari kebebasan serta mengembangkan
karier. Sejak beberapa hari lalu, nama Petchiammal mendapat perhatian daripada
ramai pihak atas pengorbanan yang dia lakukan selama ini demi membesarkan anak
perempuannya yang hidup dalam kelompok masyarakat patriarki. Bayangkan, Petchiammal
telah menyamar sebagai seorang lelaki selama 36 tahun hanya semata-mata untuk
melindungi keselamatan dirinya sendiri.
Kisah sebenar bermula sewaktu Petchiammal berusia 20 tahun
di mana dia telah kehilangan suaminya akibat diserang penyakit jantung. Lagi menyedihkan
Petchiammal, kematian suaminya itu berlaku pada hari kelima belas
pernikahannya. Beberapa bulan sesudah pemergian suaminya, Petchiammal telah
melahirkan seorang anak perempuan yang diberikan nama sebagai Shanmugasundari.
Bergelar sebagai ibu tunggal ternyata bukan perkara yang
mudah untuk Petchiammal. Dia terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan
diri serta anaknya dengan bekerja di tapak pembinaan, hotel dan kedai teh. Walau
bagaimanapun, Petchiammal telah menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja
yang didominasi oleh kaum lelaki tersebut. Hinggalah satu yakni selepas
beberapa bulan menerima gangguan seksual yang seakan tiada kesudahannya, Petchiammal
tekad untuk berubah menjadi lelaki. Dia memakai kemeja dan kain jenis sarung
sebelum turun bekerja lalu memperkenalkan dirinya sebagai Muthu. Pada masa
sama, Petchiammal telah membuat keputusan untuk tidak lagi akan berkahwin. Penyamaran
Petchiammal itu hanya diketahui oleh anak dan saudara terdekatnya.
Petchiammal bagaimanapun ada membuat pengakuan bahawa kerja penyamaran tersebut adalah tidak semudah yang disangka. Dia mengakui tubuh badannya kerap mengalami kepenatan kerana kerja berat yang dia lakukan selain tidak menerima sebarang kewangan sebagai janda. Sementara itu, Shanmugasundari yang kini sudah pun berkahwin hidup senang bersama dengan keluarganya. Petchiammal pula tidak masih bersedia untuk menukar semula identitinya sebagai seorang wanita. Dalam erti kata lain, Petchiammal berniat untuk menjadi Muthu buat selama-lamanya.
Catat Ulasan for "WANITA MENYAMAR JADI LELAKI SELAMA 36 TAHUN DEMI MEMBESARKAN ANAK"