KELUARGA PEMBUNUH INI DIGANGGU OLEH ROH MANGSA YANG MEREKA BUNUH
Bakri |
INDONESIA – Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan berita
penangkapan tiga orang sekeluarga yang disyaki telah membunuh seorang lelaki
pemandu kenderaan pada 4 tahun lalu. Penangkapan itu dibuat susulan penemuan
rangka tulang manusia di dalam tanah belakang kawasan rumah pemandu tersebut.
Suspek utama pembunuhan dikenali sebagai Marwan Syahputra
(30 tahun), Aryanti (Isteri Marwan, 24 tahun) dan Legimin (bapa Marwan). Kisah
bermula pada penghujung tahun 2018 apabila Marwan telah mengajak Aryanti,
Legimin dan Leginah (ibu Marwan) untuk pergi kota Blangkejeren, Kabupaten Gayo
Lues bagi menghadiri sebuah majlis kekeluargaan serta pada masa sama berniat
untuk melakukan rompakan. Mereka kemudian menyewa sebuah kereta sewa jenis
Kijang Innova di mana kereta itu dipandu oleh seorang lelaki bernama Bakri.
Sewaktu dalam perjalanan Leginah telah berpura-pura muntah hingga menyebabkan
Bakri terpaksa untuk memberhentikan kereta. Pada waktu itulah, leher Bakri
dijerut Marwan dengan tali nilon manakala perutnya pula ditikam Legimin
menggunakan pisau dapur. Sesudah Bakri tidak lagi bernyawa, keluarga Marwan
telah menanam mayatnya di belakang rumahnya sendiri. Keluarga Marwan seterusnya
mengambil beberapa barangan berharga dari rumah Bakri sebelum beredar pergi
dari lokasi kejadian. Beberapa bulan setelah insiden rompakan tersebut, Leginah
meninggal dunia akibat jatuh sakit.
Sejak kejadian pembunuhan Bakri, keluarga Marwan dikatakan sering kali mengalami gangguan seram di rumah mereka seperti kewujudan suara tangisan halus, penampakan hantu pocong dan mimpi ngeri secara berterusan. Hingga pada akhirnya, keluarga Marwan yang sudah lagi tidak tahan dengan gangguan makhlus halus itu telah pergi berjumpa dengan seorang dukun. Dalam pertemuan tersebut, keluarga Marwan menceritakan segala-galanya kepada dukun itu. Sebaik saja dukun tersebut mendapat tahu tentang pembunuhan Bakri, dia telah memberitahu perkara itu kepada seorang lelaki yang berpengaruh di kampung mereka. Rentetan daripada perkara tersebut, penduduk kampung segera melakukan operasi menggali tanah di belakang rumah Bakri pada 19 Mei 2022. Hasil daripada penggalian itu, terdapat satu rangka manusia telah ditemui.
Pihak polis yang menerima laporan penemuan rangka manusia serta maklumat daripada saksi berkaitan terus menangkap Marwan, Aryanti dan Legimin bagi membantu siasatan. Mereka bertiga sudah pun ditetapkan sebagai suspek utama pembunuhan. Namun buat masa sekarang, difahamkan pihak polis masih belum membuat pengesahan identiti rangka manusia berkenaan. Kes masih lagi dalam siasatan penuh oleh pihak polis.
Catat Ulasan for "KELUARGA PEMBUNUH INI DIGANGGU OLEH ROH MANGSA YANG MEREKA BUNUH"