KISAH LEGENDA URBAN BLOODY MARY
Bloody Mary merupakan legenda urban yang sangat terkenal di
negara-negara barat terutamanya di Amerika Syarikat. Hantu Bloody Mary ini
dikatakan akan muncul jika kita memanggil namanya sebanyak tiga kali di depan
cermin. “Bloody Mary”, “Bloody Mary”, “Bloody Mary.” Sama seperti kebanyakan
kisah legenda urban lain, kisah Bloody Mary ini juga mempunyai begitu banyak
versi. Dua versi yang popular, Bloody Mary ini sebenarnya adalah hantu jelmaan
seorang wanita yang dikenali sebagai Mary Worth.
Mengikut versi pertama, Mary Worth merupakan seorang ahli
sihir wanita berusia lebih daripada 100 tahun yang memiliki raut wajah serta
penampilan seperti orang muda. Keabadiannya untuk kekal menjadi muda ini adalah
menerusi ilmu sihirnya dan juga dengan cara mengorbankan anak gadis yang masih
dara. Namun tiada perkara yang sempurna. Begitulah juga dengan Mary Worth yang
mempunyai kelemahannya sendiri. Dia akan kembali bertukar menjadi orang tua
saat waktu bulan purnama penuh. Pada akhirnya, penduduk setempat yang mendapat
tahu tentang hal ini telah menculik Mary Worth lalu direjam dengan batu sebelum
dibakar hingga seluruh tubuh badannya tinggal tulang. Mary Worth bagaimanapun
dipercayai tidak mati kerana diselamatkan oleh makhluk-makhluk halus
pengikutnya. Dia diyakini telah dibawa masuk ke dalam sebuah cermin dan tinggal
di situ buat selama-lamanya.
Versi kedua, Mary Worth merupakan seorang wanita cantik yang
sering menjadi pujaan oleh kaum lelaki di kampungnya. Disebabkan itu, Mary
Worth sangat berbangga dengan kecantikannya tersebut. Namun kena ingat, tiada
yang kekal dalam dunia ini. Mary Worth ditimpa nasib malang apabila mengalami
sebuah kemalangan hingga menyebabkan kecantikan wajahnya menjadi cacat. Walaupun
Mary Worth berjaya pulih daripada kecederaan dia alami, wajahnya sudah tidak cantik
seperti dulu. Rentetan daripada perkara tersebut, Mary Worth semakin menjadi
tertekan hingga memaksa ibu bapanya untuk menyembunyikan semua cermin yang ada
di rumah mereka. Ibu bapa Mary Worth terpaksa berbuat sedemikian kerana enggan
anak mereka itu terus bersedih meratapi satu malam. Pada satu hari, Mary Worth
ingin melihat mukanya semula. Maka dia pun pergi mencari cermin di seluruh
kawasan rumahnya. Cermin yang dicari kemudian berjaya Mary Worth temui di dalam
loteng rumah mereka. Mary Worth bagaimanapun terus cuba memecahkan cermin
tersebut setelah melihat mukanya yang hodoh dalam cermin itu. Anehnya, cermin
tersebut bercantum semula sesudah dipecahkan. Tanpa diduga, Mary Worth telah
memasuki ke dalam cermin itu. Pada masa sama, dia bersumpah untuk meghantui
sesiapa yang memanggil namanya.
Jadi, bagaimana untuk memanggil Bloody Mary?
Sediakan sebuah cermin dan sebuah lilin dengan api menyala di dalam bilik kosong yang telah ditutup lampunya. Berdirilah di depan cermin, tutup mata serulah nama Bloody Mary sebanyak tiga kali. Bloody Mary, Bloody Mary, Bloody Mary. Selesai melakukan seruan, buka kembali mata dan lihatlah siapa yang sedang berada di depan.
Catat Ulasan for "KISAH LEGENDA URBAN BLOODY MARY"