KISAH PEMBUNUHAN ADRIANNA HUTTO : Tangisan Pilu Adik Tiri
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2007 bertempat di Esto, Florida, Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Adrianna Hutto merupakan seorang budak perempuan berusia 7 tahun yang tinggal bersama dengan ibunya iaitu Amanda E. Lewis dan adik lelaki tirinya bernama A.J. Hutto. Adrianana adalah seorang pengidap penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif. Secara ringkasnya, kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADHD ini empunyai kesukaran dalam menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memmberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar. A.J. yang berusia 6 tahun pula mempunyai perwatakan sebaliknya di mana dia merupakan seorang pendiam dan tenang.
Mengenai Amanda, dia adalah seorang jururawat yang sering bekerja pada syif waktu malam. Amanda lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap A.J berbanding Adrianna. Amanda sering memarahi Adrianna kerana anak perempuannya itu terlampau aktif hingga sukar untuk dikawal. Kisah sebenar bermula pada pagi 8 Ogos 2007 apabila Amanda membuat panggilan kecemasan untuk memberitahu tentang keadaan muka Adrianna yang telah menjadi kebiruan akibat lemas di dalam kolam mandi belakang rumah mereka. Sejurus selepas pihak polis tiba di lokasi kejadian, mereka terus bergegas untuk membawa Adrianna ke hospital. Namun semuanya sudah terlambat apabila Adrianna disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Sebaik saja Amanda dimaklumkan mengenai kematian Adrianna, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Berdasarkan keterangan awal daripada Amanda, dia mendakwa
sedang berada di dalam rumahnya sewaktu kejadian berlaku. Adrianna dan A.J.
telah mandi di dalam kolam itu tanpa dia sedari. Dua-beradik tersebut
kebiasannya mandi dengan pengawasan Amanda sendiri. Cumanya pada hari itu, Amanda
baru saja pulang ke rumah setelah habis bekerja dan ingin menghabiskan masa
sebentar untuk berehat. Amanda hanya menyedari kejadian tersebut saat dia
keluar dari rumah sebelum dia melihat A.J. cuba mengeluarkan Adrianna dari
kolam.
Pada mulanya, Adrianna dipercayai berkemungkinan besar telah lemas secara tidak sengaja di dalam kolam itu. Enam jam selepas kejadian, perkara sebenar akhirnya terdedah. Semuanya bermula daripada A.J. sendiri yang memberitahu datuk dan neneknya bahawa Adrianna sebenarnya dilemaskan oleh Amanda. Mendengar perkara tersebut, datuk dan nenek A.J. yang enggan untuk berdiam diri kemudian telah membuat laporan polis. Jadi, A.J. pun dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Cerita A.J., Amanda tergamak berbuat sedemikian sebagai hukuman kepada Adrianna yang telah bermain alat penyembur cucian di dalam rumah mereka walaupun sudah dilarang. Menyedihkan, Adrianna dikatakan sempat menjerit untuk meminta tolong semasa Amanda menekan kepalanya masuk ke dalam air. Walaupun keterangan A.J. sesudah itu sering berubah-rubah akan tetapi bagi pihak polis kata kunci setiap keterangannya tetap sama, Adrianna dilemaskan.
Hasil siasatan terperinci yang pihak polis jalankan, Amanda didapati selalu mengabaikan anak-anaknya terutama Adrianna. Pemeriksaan di rumah Amanda pula mendapati rumah tersebut dalam keadaan terurus sambil dipenuhi dengan bau hancing. Selain itu, tiada sebarang patung mainan sekaligus menunjukkan cara sebenar melayan Adrianna dan A.J. Sebulan selepas kejadian, Amanda pun ditangkap dengan menerima pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama. Satu-satunya saksi utama dalam kes ini adalah A.J. sendiri. Menurut rakan sekerja Amanda, wanita berkenaan pernah membuat pengakuan terhadap mereka untuk membunuh Adrianna kerana benar-benar sudah tertekan kerana kepenatan secara emosi dan fizikal.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Amanda yang
didapati bersalah akhirnya telah menerima hukuman penjara untuk seumur hidup.
Sejak dipenjarakan, Amanda tidak pernah lagi berjumpa dengan A.J. yang kini
berada dalam jagaan keluarga angkat barunya.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN ADRIANNA HUTTO : Tangisan Pilu Adik Tiri"