TIDAK MASUK BEKERJA, LELAKI INI BERIKAN ALASAN “BARU BUNUH ISTERI”
AMERIKA SYARIKAT –
Pihak polis Florida melakukan penangkapan terhadap seorang lelaki berusia 21
tahun yang dilaporkan telah membunuh isterinya dengan cara kelaran pada
bahagian leher.
Suspek yang dikenali sebagai Xichen Yang sudah pun membuat
pengakuan kepada pihak polis tentang pembunuhan isterinya iaitu Nhu Pam.
Menurut Xichen, dia telah mengelar leher Nhu Pam sebelum mengheret isterinya untuk dimasukkan ke dalam tab mandi. Di
situ, Xichen menggengam erat tangan Nhu Pham hinggalah isterinya yang mengalami luka pendarahan itu tidak lagi bernyawa. Pada
masa sama, Xichen sempat untuk memainkan lagu kegemaran Nhu Pam selama hampir
10 minit.
Berdasarkan laporan daripada media yakni tidak lama selepas
pembunuhan berlaku, dia dihubungi oleh pihak majikannya berikutan dirinya yang
tidak masuk bekerja pada hari kejadian. Sewaktu panggilan telefon itulah Xichen
mengaku bahawa dia telah membunuh isterinya dan sedang melakukan kerja-kerja
pembersihan bagi menghapuskan bukti. Alasan pembunuhan Xichen adalah kerana Nu
Pham membakar pasport miliknya. Mendengar perkara tersebut, pihak majikan
Xichen segera menghubungi pihak polis untuk membuat laporan berhubung pengakuan
yang dibuat oleh Xichen itu.
Setibanya pihak polis di apartment kediaman Xichen, mereka telah menemui mayat Nu Pham yang penuh dengan lumuran darah di dalam tab mandi. Turut ditemui adalah dua pasang sarung tangan getah dan botol cecair cucian. Xichen tidak berada di apartment semasa sesi pemeriksaan tersebut. Dia kemudian bagaimanapun berjaya dikesan dan seterusnya ditangkap oleh pihak polis. Hubungan Xichen dan Nhu Pam sebelum ini dikatakan memang bermasalah di mana pihak polis pernah menangkap Xichen kerana melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Catat Ulasan for "TIDAK MASUK BEKERJA, LELAKI INI BERIKAN ALASAN “BARU BUNUH ISTERI”"