TIGA ADIK-BERADIK WANITA BUNUH DIRI KERANA ISU HANTARAN PERKAHWINAN
INDIA – Mayat tiga orang wanita yang juga merupakan pasangan
adik-beradik telah ditemui di dalam sebuah perigi di kawasan perkampungan Dudu,
daerah Japur. Turut ditemui adalah mayat anak kepada salah daripada wanita
tersebut iaitu seorang budak lelaki berumur 4 tahun dan bayi lelaki yang baru
berusia 22 hari dengan. Sementara itu, dua orang lagi mangsa wanita tersebut
dilaporkan sedang hamil 8 dan 9 bulan. Pihak polis telah menemui mayat mangsa
pada hari Sabtu lepas yakni empat hari selepas laporan kehilangan mereka
dibuat.
Ketiga-tiga mangsa wanita itu dipercayai membunuh diri
kerana tertekan dengan isu “dowry” atau hantaran perkahwinan yang mereka alami.
Identiti mereka bertiga dikenal pasti sebagai Kalu Meena (25 tahun), Mamta
Meena (23 tahun) dan Kamlesh Meena (20 tahun). Berdasarkan laporan daripada
media tempatan India, tiga adik-beradik itu telah menjadi mangsa pukul dan
gangguan secara berterusan oleh keluarga mentua mereka disebabkan isu hantaran
perkahwinan tersebut. Kalu, Mamta dan Kamlesh sebelum ini berkahwin dengan tiga
orang lelaki juga pasangan adik-beradik yang tinggal sekampung dengan mereka.
Menurut keterangan daripada saksi, mangsa mendakwa bahawa
mereka sering dipukul oleh suami mereka yang kerap mabuk. Sepupu mangsa juga
pernah membuat aduan mengenai perkara itu kepada pihak berkaitan akan tetapi
tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat. Sebelum mangsa hilang, salah
seorang daripada mereka sempat memuat naik status hantaran Whatsapp yang
memberitahu bahawa keluarga mentua adalah penyebab utama kematian mereka.
Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan penuh oleh pihak polis dengan pertuduhan telah pun difailkan terhadap terhadap suami dan keluarga mentua mangsa. Hak aktivis wanita meminta kes kematian mangsa untuk disiasat dengan telus. Isu hantaran perkahwinan masih lagi menjadi salah satu masalah utama yang membelenggu di negara India. Di sana, hantaran kahwin adalah dalam bentuk wang tunai atau barangan berharga yang diberikan oleh keluarga pengantin wanita kepada pengantin lelaki. Jika rendah hantaran perkahwinan itu, maka pengantin wanita akan menerima layanan buruk daripada keluarga pengantin lelaki.
Catat Ulasan for "TIGA ADIK-BERADIK WANITA BUNUH DIRI KERANA ISU HANTARAN PERKAHWINAN"