WANITA DIBUNUH KERANA TOLAK LAMARAN PERKAHWINAN
MESIR – Tular satu rakaman ngeri di mana seorang wanita
wanita yang dikenali sebagai Nayera Ashraf Abdl Qaderr telah mati dibunuh oleh
orang seorang lelaki dengan cara tikaman leher. Ada juga laporan media yang
mengatakan bahawa Nayera mati akibat disembelih. Kejadian itu berlaku di depan pintu
pagar Universiti Mansoura yakni tempat si mangsa dan suspek belajar.
Berdasarkan laporan media tempatan, suspek pembunuhan
tersebut dikenali sebagai Mohamed Adel yang juga merupakan pelajar tahun ketiga
fakulti kesenian di unversiti berkenaan. Nayera dikatakan dibunuh semasa dia
sedang dalam perjalanan menuju ke tempat perhentian bas untuk pulang ke
rumahnya. Mohamed Adel telah menikam leher Nayera sebelum dia dibelasah dan
ditangkap oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian untuk diserahkan
kepada pihak polis. Nayera yang berada dalam keadaan kritikal dilaporkan meninggal
dunia semasa dia dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Rentetan kejadian yang sangat mengerikan itu, pihak Pendakwa Raya Mesir telah pun mengeluarkan kenyatan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan serta pada masa sama menggesa rakyat supaya tidak menyebarkan rakaman video kejadian tersebut. Soal motif pembunuhan, Mohamed Adel dipercayai berbuat sedemikian selepas Nayera menolak lamaran perkahwinannya. Lebih menyakitkan hati Mohamed Adel apabila Nayera telah bertindak untuk menyekatnya di laman media sosial.
Pembunuhan Nayera itu ternyata telah membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya pejuang hak asasi wanita. Pihak berwajib digesa agar suspek diberikan hukuman yang setimpal. Perbicaraan kes dijadualkan akan dimulakan pada 26 Jun ini dengan Mohamed Abdel bakal menerima pertuduhan melakukan pembunuhan terancang.
Catat Ulasan for "WANITA DIBUNUH KERANA TOLAK LAMARAN PERKAHWINAN"