ADA APA DENGAN NATALIA GRACE?
Pada pertengahan tahun 2010, sepasang suami isteri bernama
Michael dan Kristine Barnett telah pergi ke sebuah agensi pengambilan anak
angkat yang terletak di Florida. Pasangan tersebut kemudian mengambil seorang
kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dikenali sebagai Natalia Grace untuk
dijadikan sebagai anak angkat mereka. Tidak lama selepas Natalia tinggal
bersama mereka, Michael dan Kristine mula mengesyaki bahawa anak angkat mereka
itu sebenarnya adalah orang dewasa psikopat yang menyamar sebagai kanak-kanak.
Kisah ini hampir menyamai jalan cerita dalam filem Orphan (2009).
Michael dan Kristine tinggal di Indiana bersama dengan
anak-anak mereka di mana salah seorang daripada mereka tersebut merupakan
pengidap penyakit Autisme. Tahun 2010 yakni seperti yang diberitahu pada
perenggan pertama, Natalia yang berusia 6 tahun telah didaftarkan oleh Michael
dan Kristine untuk menjadi anak angkat mereka. Natalia sebelum itu telah
didiagnos mengidap Spondyloepiphyseal Dysplasia iaitu sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kekerdilan. Perkara ini
bagaimanapun tidak menjadi masalah untuk Natalie atas pengalamannya menjaga
anak Austime selain menjalankan pusat asuhan kanak-kanak.
Kegembiraan Michael dan Kristine dalam memiliki anak angkat bagaimanapun tidak berpanjangan setelah kedua-dua mereka meyakini bahawa Natalia bukanlah berusia 6 tahun seperti yang didakwa. Menurut Kristine, dia mula menyedari perkara ini setelah melihat beberapa perkara aneh pada Natalia seperti terdapat bulu pada bahagian kemaluan dan gigi seperti orang dewasa dan membuang pakaian yang mempunyai kesan darah haid ke dalam tong sampah. Lagi dahsyat, Kristine mendakwa anak angkatnya itu pernah memasukkan cucian peluntur ke dalam air minuman dan melakukan ugutan bunuh kepada mereka sekeluarga. Hasil ujian pemeriksaan tulang perubatan mendapati Natalia bukan berusia 6 tahun dan dia sendiri pernah membuat pengakuan kepada doktor mengenai usia sebenarnya adalah 18 tahun.
Pada tahun 2012, pasangan Barnett telah mengemukakan permohonon rasmi mereka untuk menukar usia Natalia daripada 6 kepada 22 tahun. Rentetan daripada perkara tersebut, Natalia dipisahkan daripada Michael dan Kristine serta pada masa sama dia dikehendaki untuk menjalani rawatan psikiatri. Natalia juga ditinggalkan oleh keluarga Barnett untuk hidup bersendirian di apartment. Sebelum keluarga Barnett berpindah ke Kanada, segala hal kebajikan Natalia telah pun diuruskan oleh Kristine sepenuhnya. Ini termasuklah daripada segi pembayaran sewa apartment, bantuan makanan dan lain-lain lagi. Michael dan Kristine telah bercerai pada tahun 2014 atas sebab yang kurang jelas.
Dari sisi Natalia, dia telah menafikan semua tuduhan
daripada keluarga Barnett. Tegas Natalia, dia sememangnya seorang kanak-kanak
sewaktu Michael dan Kristine mengambilnya sebagai anak angkat. Ibu Natalia dari
Ukraine pernah tampil memberitahu bahawa Natalia yang dilahirkan pada tahun
2003 mempunyai empat orang lagi adik-beradik lain. Nasib Natalia sesudah
penceraian Michael dan Kristine tidak diketahui akan tetapi apa yang dapat
dipastikan adalah ada pasangan lain yang telah memfailkan petisyen untuk menjadi
penjaga sah kepada Natalia. Terdapat laporan yang mengatakan Natalia kini masih
dijaga oleh pasangan berkenaan. Natalia pernah muncul dalam rancangan temu bual
bersama Dr. Phil pada tahun 2019 bagi membuat penafian mengenai tuduhan
Kristine.
Sementara itu, Michael dan Kristine telah pun didapati tidak bersalah daripada pertuduhan pengabaian kanak-kanak memandangkan mereka sudah pun dapat membuktikan usia sebenar Natalia pada waktu sebelumnya. Harus diingatkan, kes ini masih lagi belum selesai setakat ini dengan jangkaan perkembangan lain bakal menyusul pada masa akan datang. Maka masih belum ada kesimpulan boleh dibuat berhubung samada Michael dan Kristine atau Natalia sebenarnya yang menjadi mangsa keadaan.
Catat Ulasan for "ADA APA DENGAN NATALIA GRACE?"