Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH, BELAH DAN SIMPAN ORGAN BAKAL ISTERI DALAM PETI BEKU

    UKRAINE – Seorang lelaki telah ditangkap oleh pihak polis selepas dia dipercayai membunuh bakal isterinya sendiri. Lebih mengerikan, tubuh mayat wanita itu turut dibelah sebelum dikeluarkan beberapa organ dalamannya seperti jantung, buah pinggang dan lain-lain lagi organ. Mangsa pembunuhan dikenal pasti sebagai Olha Davydenko, 39 tahun. Pengenal pastian mayat Olha dibuat hasil pemeriksaan cap jari dan penemuan pakaiannya.

    Berdasarkan laporan media, suspek berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Petr Begun tersebut merupakan seorang peguam selain pernah bekerja sebagai penyiasat kes pembunuhan serta penceramah motivasi. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam rancangan realiti televisyen tentang perkahwinan yang berjudul “Blind Marriage”.

    Pasangan Petr dan Olha dilaporkan baru saja berkenalan pada awal tahun ini yakni sebelum peperangan di negara tersebut bermula. Seminggu selepas perkenalan itu, mereka berdua pun tinggal bersama. Petr diyakini telah membunuh Olha dengan cara cekikan leher susulan berlakunya konflik antara mereka. Bahagian hati Olha dan kemaluannya disimpan Petr di dalam peti beku. Bahagian pelvis dan tulang belakang Olha pula ditemui dalam beg pakaian yang Petr buang di sebuah kawasan kolam. Petr mengambil masa beberapa hari untuk melupuskan sepenuhnya mayat Olha bagi tujuan penghapusan bukti.

    Petr kini menerima dua pertuduhan iaitu melakukan pembunuhan dan memiliki peluru haram yang pihak polis telah temui di rumahnya. Jika disabitkan dengan kesalahan yang berkenaan, Petr bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun. 

Catat Ulasan for "BUNUH, BELAH DAN SIMPAN ORGAN BAKAL ISTERI DALAM PETI BEKU"