CERITA HAL PENCERAIAN DI TIK TOK, WANITA INI DITEMBAK MATI OLEH BEKAS SUAMI
AMERIKA SYARIKAT –
Seorang wanita berusia 29 tahun yang Sania Ropi telah ditembak mati oleh bekas
suaminya sendiri kerana menceritakan hal penceraian mereka di laman media
sosial Tik Tok. Bekas suami Rania yang berusia 36 tahun iaitu Raheel Ahmed sanggup
meredah perjalanan sejauh 1142 kilometer yakni dari Georgia hingga ke Chicago
hanya semata-mata untuk melakukan pembunuhan itu.
Pihak polis telah menemui mayat Sania dan Raheel di rumah
Sania dengan terdapat kesan tembakan pada bahagian kepala mereka. Turut ditemui
adalah senjata api yang digunakan sebagai senjata pembunuhan. Sania dilaporkan
disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Raheel pula di hospital.
Berdasarkan keterangan daripada pihak berkuasa, kematian Sania diklafikasikan
sebagai kes pembunuhan. Raheel pula dipercayai mati akibat bunuh diri sesudah
membunuh Sania. Penemuan mayat Sania dan Raheel tersebut adalah hasil pencarian
pihak polis yang sebelum itu menerima laporan mengenai kehilangan Raheel yang
dibuat oleh keluarganya. Apabila Raheel didapati tidak berada rumahnya, pihak
polis kemudian melakukan pemeriksaan di rumah Sania sekaligus membawa kepada
penemuan mayat kedua-dua mangsa.
Sania merupakan seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan yang bekerja sebagai seorang fotografi di mana dia ada membuat perkongsian video kisah penceraiannya di laman Tiktok dengan nama geminigirl_099 hingga menjadi tular. Berdasarkan perkongsian video tersebut, Sania menceritakan stigma masyarakat selain dinafikan haknya sebagai seorang wanita selepas dia memfailkan penceraian terhadap Raheel. Usia perkahwinan Sania dan Raheel sebelum ini dikatakan tidak bertahan sampai setahun.
Catat Ulasan for "CERITA HAL PENCERAIAN DI TIK TOK, WANITA INI DITEMBAK MATI OLEH BEKAS SUAMI"