Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KECANTIKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMATIAN

Vika (kanan)

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara Rusia pada tahun 2019. Tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi mengenai kejadian ini melalui carian internet. Walau bagaimanapun, kisah ini diharap dapat kita semua jadikan sebagai pengajaran dalam memilih kawan. Kena sentiasa beringat, tidak semua orang di sekeliling kita sukakan kita. Seperkara lagi, jangan pernah ada sekelumit rasa riak dengan kelebihan yang ada pada diri kita.

    Vika atau nama sebenarnya iaitu Viktoria Averina merupakan seorang gadis remaja cantik berusia 17 tahun yang bercita-cita untuk menjadi seorang tukang masak terkenal. Dia mempunyai dua orang kawan baik yang bernama Irina dan Lina. Kedua-dua mereka berusia 16 tahun. Tiga sekawan itu sering menghabiskan masa mereka untuk keluar bersama.

    Diringkaskan ceritanya yakni pada satu hari, Vika tiba-tiba dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui dengan keadaan mengerikan di dalam sebuah bangunan terbiar yang terletak di Arkhangelsk, Rusia. Wajah Vika hampir tidak dapat untuk dicam kerana telah hampir hancur sepenuhnya. Berdasarkan penemuan bekas kaca botol di lokasi kejadian, Vika dikelar pada bahagian wajahnya selain dipercayai diseksa dengan kejam terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan kematiannya adalah akibat cekikan.

    Apabila Irina dan Lina mendengar berita kematian Vika, mereka berdua berasa benar-benar terkejut. Pada mulanya, pihak polis meyakini bahawa Vika berkemungkinan besar telah dibunuh oleh seorang lelaki mania yang menyukainya. Namun setelah pihak polis menjalankan siasatan yang lebih terperinci, pembunuh Vika rupa-rupanya adalah Irina dan Lina. Dua sekawan tersebut telah membuat pengakuan tentang pembunuhan itu selepas disoal siasat oleh pihak polis. Motif pembunuhan? Vika sering berbangga dengan kecantikannya. Malah dia juga sering membanding-bandingkan kecantikannya dengan Irina dan Lina. Perkara tersebut ternyata tidak digemari oleh Irina dan Lina hingga pada akhirnya mereka berdua bersepakata untuk mengakhiri nyawa Vika.

Irina dan Lina

    Maka pada hari kejadian, Irina dan Lina mengajak Vika untuk bertemu di dalam sebuah bangunan terbiar dan di situlah pembunuhan telah berlaku. Kepala Vika dipukul dengan botol kaca dan kemudian dikelar pada bahagian wajah sebelum dicekik sampai mati. Vika sebelum itu dilaporkan sempat menghantar mesej kepada salah seorang kawannya untuk memasukkan baki kredit ke dalam telefonnya. Kemasukan baki kredit telefon tersebut adalah bagi membolehkan Vika menghubungi ibunya.

    Irina dan Lina telah menerima pertuduhan melakukan pembunuhan dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah. Tidak dapat dipastikan samada mereka berdua telah pun disabitkan kesalahan atau sebaliknya.                                                         

Catat Ulasan for "KECANTIKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMATIAN"