KISAH CARL TANZLER : Ketaksuban Cinta yang Paling Gila
Kisah bermula pada tahun 1930 bertempat di Hospital Tentera
Laut yang terletak di Key West, Florida. Seorang wanita berusia 22 tahun yang
berasal dari Cuba iaitu Elena atau nama sebenarnya Maria Elena Milagro de Hoyos
telah pergi ke hospital itu kerana jatuh sakit. Waktu tersebut, seorang Carl
Tanzler atau Count Carl Von Cosel yakni seorang lelaki berasal dari Jerman yang
bekerja sebagai juruteknik radiologi di hospital berkenaan terpinga-pinga
melihat kedatangan Elena. Carl merasakan Elena adalah wanita sama yang pernah
muncul di dalam mimpinya sewaktu zaman kanak-kanak. Carl terus memilki
kepercayaan bahawa kemunculan Elena pada waktu itu merupakan satu takdir. Jadi
Carl sedar, dia dan Elena telah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Tidak lama selepas mendapat tahu Elena didiagnos mengidap penyakit Tuberkulosis, Carl membuat pengakuan kepada keluarga Elena bahawa dirinya adalah seorang doktor. Malah Carl juga menawarkan dirinya bagi merawat Elena sepenuh masa. Elena kemudian terlantar sikit di rumahnya sendiri dengan bermacam-macam cara rawatan yang Carl lakukan kepadanya. Ini termasuklah dengan melanggar protokol hospital seperti mencipta ubat-ubatan sendiri dan mesin tertentu dari hospital. Dalam fikiran Carl, dia berharap dapat menyembuhkan Elena. Selain itu, Carl juga ada meluahkan perasaan dan sering memberikan hadiah kepada Elena. Namun tanpa Carl duga, cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Bagi Elena, dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal percintaan selain kesihatannya.
Pada 25 Oktober 1931, Elena akhirnya meninggal dunia akibat
penyakit Tuberkulosis yang dia alami tersebut. Kematian Elena jelas benar-benar
menyebabkan Carl berada dalam kesedihan hingga dia sanggup untuk membiayai
pembiayaan pengkebumian pujaan hatinya itu. Keluarga Elena tidak mempunyai
masalah dengan perkara tersebut. Namun tanpa diduga, Carl menyimpan satu rahsia
besar di mana dia telah menyimpan kunci kubur Elena. Sepanjang tempoh dua tahun
berikutnya, Carl telah mengunjungi kubur Elena pada setiap waktu malam. Carl
juga memasang telefon serta meninggalkan hadiah di kawasan kubur Elena. Pada
pandangan mata Carl, Elena sebenarnya masih hidup. Sampailah satu hari, Carl
telah dibuang kerja atas sebab yang tidak diketahui. Sejak dari itu, kubur
Elena tidak lagi pernah dikunjungi oleh Carl.
Lama-kelamaan tingkah laku Carl yang semakin pelik telah menimbulkan rasa curiga kepada orang-orang di sekelilingnya. Manakan tidak, Carl sering membeli pakaian serta minyak wangi wanita dan pernah dilihat menari bersama dengan seorang wanita tidak dikenali di rumahnya. Perkara ini sekaligus menyebabkan ramai orang mengesyaki bahawa Carl telah menyimpan mayat Elena susulan keobsesannya terhadap wanita tersebut sebelum ini. Hinggalah tahun 1940, Florinda yang merupakan kakak kepada mendiang Elena untuk memeriksa rumah Carl. Pemeriksaan itu dibuat Florinda selepas beberapa kali mendengar khabar angin tentang Carl yang melakukan aksi nekrofilia teerhadap mayat Elena. Setibanya di rumah Carl, Florinda dikejutkan dengan penemuan mayat Elena yang telah diawet sebelum dia membuat laporan polis.
Menerusi pengakuan yang dibuat Carl, dia mengaku telah
tinggal bersama dengan “Elena” selama
tujuh tahun. Perkara ini bermaksud Carl telah mencuri mayat Elena untuk
disimpannya di rumah sejak dari tahun 1933! Carl membentuk semula
tulang-temulang Elena menjadi kerangka yang sempurna. Mayat Elena bukan saja
didandan bahkan dipakaikan dengan pakaian lengkap dan pelbagai perhiasan
seperti rantai dan stokin. Bagi menghilangkan bau busuk, Carl menggunakan
wangian dalam jumlah yang banyak serta bahan pengawet bagi mengelakkan kerangka
tersebut mereput. Mayat Elena disapu dengan minyak, rempah ratus, lilin, kaca
dan cat supaya mendiang sentiasa nampak hidup. Kerja-kerja gila Elena Carl
lakukan dalam sebuah makmal rahsia binannya sendiri yang diperbuat daripada
sebuah kapal terbang usang.
Sesudah penangkapannya, Carl yang dianggap waras telah menerima pertuduhan memusnahkan kubur dan mengalihkan mayat tanpa sebarang kebenaran. Tuduhan tersebut bagaimanapun digugurkan berikutan hat statut kes yang sudah luput. Dalam erti kata lain, Carl tidak boleh didakwa kesalahan jenayah yang dia telah lakukan. Mayat Elena dikuburkan semula tanpa dibuat sebarang penanda bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Pengakhiran hidup Carl, dia meninggal dunia pada tahun 1952 di sisi patung ukiran berwajah Elena di sisinya.
Catat Ulasan for "KISAH CARL TANZLER : Ketaksuban Cinta yang Paling Gila"