KISAH LINA MEDINA : Ibu Paling Termuda di Dunia
Nama kanak-kanak perempuan yang anda lihat dalam foto di
atas adalah Lina Medina di mana dia merupakan pemegang rekod dunia untuk
gelaran ibu paling termuda yang pernah ada. Bayangkan, Lina ini bergelar
sebagai seorang ibu seawal usianya 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari. Diulangi
semula, 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari. Jadi, bagaimana perkara seumpama ini
boleh berlaku? Pelik atau memang satu keajaiban? Beginilah kisahnya.
Lina Medina dilahirkan pada tahun 1933 dalam sebuah kawasan perkampungan terpencil di negara Peru. Dia mempunyai lapan orang lagi adik-beradik yang lain. Kisah sebenar bermula pada tahun 1939 yakni sewaktu Lina berusia 5 tahun, perutnya tiba-tiba didapati semakin membesar. Melihat keadaan Lina sedemikian, ibu bapa Lina mula berasa bimbang terhadap sebarang kemungkinan terhadap anak perempuan mereka itu yang dikhuatiri menderita penyakit tumor. Pada mulanya, Lina telah dibawa oleh ibu bapanya pergi berjumpa dengan seorang bomoh. Bomoh tersebut bagaimanapun sependapat dengan ibu bapa Lina mengenai hal penyakit tumor itu. Susulan nasihat daripada bomoh tersebut, ibu bapa Lina pun membawa Lina pergi ke klinik bagi tujuan diagnos.
Apabila ibu bapa Lina diberitahu tentang Lina yang telah hamil 7 bulan, mereka benar-benar berasa begitu terkejut dengan perkara itu. Perasaan ibu bapa Lina menjadi bercampur baur, sedih dan marah. Bagi mereka, soal kehamilan Lina tersebut dirasakan sebagai satu berita yang sangat tidak masuk akal sama sekali. Manakan tidak, Lina baru saja berusia 5 tahun. Berita kehamilan Lina kemudian tersebar luas hingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ramai pihak. Persoalan yang paling ketara dan jelas, siapa yang menghamili Lina?
Jika difikir secara logik akal, bagaimana Lina boleh hamil pada usia yang sangat mentah sebegitu? Menerusi penjelasan secara saintifik oleh pakar endokrinoligi pediatrik, kehamilan Medina ini dipercayai akibat keadaan genetik jarang berlaku yang boleh menyebabkan seseorang itu mencapai akil baligh awal sekaligus membolehkan tubuh kanak-kanak menjadi lebih dewasa berbanding waktu sebelumnya. Kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah ini kebiasaannya akan mengalami perubahan suara dan penumbuhan bulu mereka. Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka akan didatangi haid selain mengalami proses pembesaran payu dara. Punca sebenar akil baligh awal ini masih belum dapat untuk dikenal pasti akan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penderaan secara seksual berkemungkinan menjadi salah satu penyebab utama.
Tidak jelas juga mengenai usia Lina sewaktu didatangi haid dan tiada sebarang penjelasan bagaimana keluarganya langsung tidak menyedari perkara ini. Malah keluarga Lina menolak daripada ditemu ramah oleh mana-mana pihak serta enggan untuk menceritakan soal kehamilan Lina secara terperinci kepada pihak umum. Berbalik dengan cerita Lina, dia tidak pernah mendedahkan identiti bapa kepada bayi kandungannya itu. Bapa Lina sendiri pernah ditangkap atas dakwaan merogol Lina. Walau bagaimanapun, bapa Lina tersebut dibebaskan semula kerana ketiadaan bukti yang kukuh untuk mendakwanya. Lina telah selamat melahirkan bayi kandungannya itu bayi lelaki melalui pembedahan secara caesarean. Anak Lina diberikan nama sebagai Gerardo.
Setelah kelahiran Gerardo, Lina dan keluarganya dilaporkan hidup menyepi daripada orang ramai bagi mengelakkan mendapat publisiti berterusan. Tidak dapat dipastikan samada dia kini masih hidup atau sudah pun meninggal dunia. Setakat maklumat diketahui, Lina telah berkahwin pada tahun 1970-an dengan mengahwini seorang lelaki yang dikenali sebagai Raul Jurado. Mereka berdua memiliki seorang anak hasil daripada perkahwinan tersebut. Tentang Gerardo, dia hanya mendapat tahu mengenai Lina yang disangkakan sebagai kakak sebelum itu rupa-rupanya adalah ibu kandungnya sewaktu berusia 10 tahun. Gerardo meninggal dunia pada tahun 1979 pada usia 40 tahun dengan punca kematiannya adalah akibat penyakit tulang.
Catat Ulasan for "KISAH LINA MEDINA : Ibu Paling Termuda di Dunia"