KISAH OLESYA MOSTOVSCHIKOVA : Kawanku Seorang Kanibal
Pernah mendengar nama Olesya Mostovschikova? Dia merupakan
seorang wanita berusia 27 tahun dari negara Rusia yang telah melakukan
pembunuhan kanibal terhadap rakannya sendiri. Lebih dahsyat, pembunuhan ini
dilakukan Olesya betul-betul di depan mata anak lelakinya yang baru berusia 7
tahun. Diulangi semula, 7 tahun. Gila bukan? Jadi, bagaimana kisah yang
sebenarnya?
Kisah ini berlaku pada 26 Mac 2009 yakni sewaktu Olesya
minum bersama dengan dua orang rakannya iaitu Tatiana Romanchuk dan Julia di
rumahnya yang terletak di Irkutsk. Apa yang berlaku kemudian sewaktu sesi minum
itu, Olesya telah bertengkar dengan Tatiana. Punca pertengkaran tersebut tidak
diketahui. Namun seperkara dapat dipastikan, Olesya yang benar-benar berasa
marah telah mengambil kapak lalu dia pun menetak Tatiana sampai mati.
Sesudah Tatiana tidak lagi bernyawa, tubuh badan mayatnya dikerat oleh Olesya kepada beberapa bahagian. Lagi mengerikan apabila Oleysa turut memotong telinga dan salah satu mata Tatiana. Selesai berbuat sedemikian, bahagian tersebut dimasukkan Olesya ke dalam ketuhar untuk dimasaknya. Seluruh kejadian ini bukan saja disaksikan oleh Julia bahkan juga dilihat oleh anak lelaki Oleysa sendiri yang berusia 7 tahun.
Saat Julia mengeluh masih dalam kelaparan, dia telah disuruh
oleh Oleysya untuk memakan daging mayat Tatiana. Disebabkan berasa takut dengan
Olesya, maka Julia pun memakan daging mayat Tatiana yang terdiri daripada
daging bahagian punggung, payu dara dan pipi. Sehari selepas kejadian
pembunuhan itu, Olesya telah menanam sebahagian daripada keratan mayat Olesya
di kawasan halaman belakang rumahnya manakala sebahagian lagi dibuang pada
tempat pembuangan sampah yang berhampiran.
Sisa-sisa tubuh badan mayat Tatiana di tempat pembuangan
sampah tersebut seterusnya telah ditemui oleh jiran Olesya yang seterusnya
membuat laporan polis berhubung penemuan itu. Pihak polis yang menerima laporan
tersebut tidak perlu mengambil masa lama untuk melakukan penangkapan terhadap
Olesya dan Julia. Penangkapan itu dibuat susulan pihak polis yang telah menemui
kesan darah yang ada pada lantai rumah Olesya.
Hasil sesi soal siasat, Julia membuat pengakuan sebagai saksi di mana dia mendakwa terpaksa mengikuti arahan Olesya untuk memakan daging Tatiana. Enggan berbuat sedemikian, Julia menerima ancaman daripada Olesya akan menerima nasib yang sama seperti Tatiana. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Olesya yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Tentang nasib anak lelaki Olesya, dia dihantar ke pusat rehabilitasi.
Catat Ulasan for "KISAH OLESYA MOSTOVSCHIKOVA : Kawanku Seorang Kanibal "