KISAH PEMBUNUH BERSIRI DENNIS RADER BTK : Ikat, Seksa dan Bunuh
Dennis Rader atau nama sebenarnya Dennis Lynn Rader
dilahirkan pada 9 Mac 1945 bertempat di Pittsburg, Kansas sebelum membesar di
Wichita. Karakter Dennis sebagai seorang psikopat telah terbentuk sejak dia
dari kecil lagi selepas dia kurang mendapat perhatian serta kasih sayang
daripada ibu bapanya yang terlampau sibuk dengan pekerjaan mereka. Sewaktu
Dennis masih kanak-kanak, dia sudah pun berjinak untuk melakukan aksi zooadisme
iaitu sejenis perbuatan menggantung, menyeksa dan menggantung binatang. Selain
itu, Dennis juga gemar untuk melihat foto serta menonton video lucah hingga
menyebabkannya mengalami keghairahan dalam fantasi seksual. Ini termasuklah
mengambil foto sendiri dalam keadaannya terikat dengan memakai pakaian wanita.
Dennis bahkan mempunyai tabiat menghendap jiran wanita dan pada masa sama
mencuri pakaian dalam mereka bagi memuaskan nafusnya sendiri.
Pada tahun 1960 yakni sewaktu Dennis berusia 25 tahun, dia
telah menyertai pasukan tentera udara Amerika Syarikat. 11 tahun berikutnya,
Dennis mengahwini wanita pilihannya yang bernama Paula. Hasil perkahwinan
tersebut, Dennis mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang
perempuan yang diberikan nama sebagai Brian dan Kerri. Brian dilahirkan pada
tahun 1975 manakala Ketty menyusul tiga tahun kemudian. Sesudah tamat
perkhidmatannya sebagai anggota tentera udara, Dennis bertukar silih ganti
pekerjaan sebelum dia akhirnya bekerja di sebuah syarikat pemasangan kamera
litar tertutup selama 14 tahun bermula dari tahun 1974. Seperkara lagi harus
diketahui, Dennis mempunyai ijazah sarjana dalam bidang Pentabiran Keadilan
yang diperolehinya daripada Universiti Negeri Wichita.
Di sisi lain Dennis, dia digambarkan sebagai seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab. Malah Dennis juga juga merupakan seorang ketua gereja selain disanjung tinggi oleh masyarakat di sekelilingnya atas faktor karisma yang dia miliki. Namun tiada siapa sangka di sebalik semua itu, Dennis mempunyai sisis gelap tersendiri di mana dia telah melakukan 10 pembunuhan berantai yang dia lakukan dari tahun 1974 hingga 1991.
Bulan Januari 1974, Dennis melakukan pembunuhan pertamanya dengan membunuh empat sekeluarga yang dikenali sebagai keluarga Otero. Mereka yang dibunuh di rumah sendiri dengan cara diikat dan dicekik tersebut adalah Joseph (38 tahun) dan Julie (34 tahun) berserta dua orang lagi anak mereka bernama Josephine (11 tahun) dan Joseph Jr. (9 tahun). Setelah semua mangsa mati, Dennis melakukan onani dan mengambil foto mayat itu. Sebulan kemudian, giliran seorang wanita bernama Kathryn Bright (21 tahun) menjadi mangsa pembunuhan Dennis. Kathryn mati akibat cekikan leher serta ditikam. Enam selepas pembunuhan Kathtryn, Dennis telah menghubungi pihak untuk memberitahu mengenai surat yang dia tinggalkan dalam sebuah buku kejuruteraan di perpustakaan awam Wichita. Isi kandungan tulisan surat itu mengandungi butiran kronologi pembunuhan keluarga Otero dan Kathryn. Dennis seterusnya digelar oleh pihak media sebagai BTK berdasarkan kod yang ditulisnya dalam surat tersebut. Kod BTK yang dimaksudkan adalah Bind, Torture, Kill yang membawa maksud ikat, seksa dan bunuh.
Dennis kembali mengganas pada bulan Mac 1977 hingga bulan Disember 1977 dengan membunuh dua orang wanita yang dikenal pasti sebagai Shirley Vian Relford dan Nancy Fox. Kedua-dua mangsa dicekik Dennis sampai mati. Bulan Januari 1978, Dennis sekali lagi menghantar surat kepada pihak media tidak lain tidak bukan untuk membuat pengakuan mengenai pembunuhan Shirley dan Nancy sekaligus menimbulkan kerisauan orang ramai di Wichita pada waktu tersebut. Dennis bagaimanapun menyepi seketika selama hampir tujuh tahun daripada melakukan sebarang pembunuhan. Pembunuhan berantai Dennis bersambung pada 1985, 1986 dan 1991 dengan membunuh tiga orang lagi wanita iaitu Marine Hedge, Vicki Wegerle dan Dolores Davis sebagai mangsa terakhir. Jadi secara keseluruhannya, mangsa pembunuhan Dennis adalah seramai 10 orang.
Hinggalah tahun 2004, nama Dennis menghantui semula pihak polis menerusi penghantaran surat dan foto mangsa pembunuhannya yang dia kirimkan kepada pihak media. Kali ini Dennis yang bersifat narsistik telah melakukan satu kesilapan besar dengan mengirim disket yang mengandungi butiran pembunuhan oleh BTK. Tanpa dia sedari, pihak polis berjaya mendapatkan semula data peribadi Dennis yang sudah dipadamnya pada disket itu pada waktu sebelumnya. Pada 25 Februari 2005, pihak polis akhirnya menangkap Dennis. Penangkapan tersebut dibuat berikutan DNA anak Dennis iaitu Kerri didapati hampir sepadan dengan DNA yang ditemui pada rumah keluarga Otero sekaligus membuktikan bahawa Dennis merupakan pembunuh bersiri BTK.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Dennis yang didapati bersalah atas 10 pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama telah dijatuhkan 10 hukuman penjara seumur hidup. Dennis yang masih lagi hidup kini sedang menjalani hukuman itu di penjara El Dorado, Prospect Township, Kansas.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUH BERSIRI DENNIS RADER BTK : Ikat, Seksa dan Bunuh"