KISAH PENCULIKAN ANA SAITO : Penculikan yang Paling Pelik
Kisah penculikan ini berlaku pada tahun 2013 bertempat di
negara Jepun. Tahun tersebut, Ana Saito merupakan seorang remaja perempuan
berusia 13 tahun yang digambarkan sebagai seorang berperwatakan ceria, mudah
mesra dan mendengar kata kedua-dua orang tuanya. Dalam erti kata lain, Ana
bukanlah seorang perempuan yang bermasalah sama sekali.
Kisah sebenar bermula pada 10 Mac 2013 apabila Ana telah
dilaporkan hilang oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ana membuat laporan kehilangan Ana
setelah mendapati anak perempuan mereka itu langsung tidak pulang ke rumah selepas
tamat waktu persekolahan. Satu-satunya maklumat sahih yang ibu bapa Ana dan pihak
polis perolehi, kali terakhir Ana dilihat adalah semasa dia berborak dengan
seorang lelaki muda tidak dikenali. Lelaki tersebut dipercayai berada dalam
lingkungan usia kurang dari 30an.
Pada tempoh 9 hari awal kehilangan Ana, ibu bapanya telah dua
kali menerima surat kononnya kiriman daripada Ana. Surat pertama bertulis, “Saya ingin berehat dari bersekolah dan tak
nak berada di rumah, jadi jangan cari saya. Isi kandungan dalam surat kedua
pula, “Saya berada dalam keadaan baik dan
minta maaf kerana telah menimbulkan masalah. Tak perlu cari saya.” Pihak
polis bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa Ana telah menjadi
mangsa penculikan. Perkara ini berikutan Ana langsung tidak membawa barangan
peribadi penting seperti pakaian dan beg duit. Jadi agak mustahil untuk Ana
menyatakan lari dari rumah sedangkan dia adalah seorang perempuan yang baik.
Hanya dua tahun selepas kehilangan Ana, barulah dia berjaya ditemui semula. Penemuan itu dibuat setelah ibu bapa Ana menerima panggilan telefon daripada Ana sendiri yang memberitahu bahawa dirinya dalam keadaan selamat. Ana membuat panggilan telefon tersebut menggunakan telefon awam berhampiran dengan sebuah stesen sebelum disuruh ibu bapanya untuk membuat laporan di balai polis yang terdekat. Menerusi pendedahan daripada Ana, pihak polis telah mengenal pasti penculiknya yang dikenali sebagai Kabu Terauchi, 23 tahun. Susulan makluman berkenaan, pihak polis tidak perlu mengambil masa untuk menangkap Kabu di mana dia sebelum itu dilaporkan cuba untuk membunuh diri sebaik saja mendapat tahu tentang Ana yang sudah berjaya dari tahanannya. J
Jadi, siapakah Kabu ini dan apakah motif sebenarnya menculik
Ana? Kabu berasal dari keluarga yang berada. Dia yang tinggal berseorangan di
sebuah rumah jenis apartment dikatakan sebagai seorang yang pendiam akan tetapi
sangat cemerlang dalam bidang akademik. Kecemerlangan tersebut membolehkannya
belajar di sebuah akademi juruterbang yang berlokasi di Amerika Syarikat.
Berbalik dengan cerita hari kejadian penculikan Ana, dia yang ketika itu sedang
dalam perjalanan pulang dari sekolah tiba-tiba ditegur oleh Kabu yang mengaku dirinya
sebagai seorang peguam. Kata Kabu lagi, Ana harus mengikutinya kerana ibu
bapanya sedang dalam proses penceraian. Malang untuk Ana kerana dia benar-benar
mempercayai perkara tersebut. Seperkara dapat dipastikan, Kabu memang telah
membuat penyelidikan tentang Ana sebelum dia melakukan penculikan itu. Ana juga
diberitahu baawa dia akan dibunuh oleh ibu bapanya bagi tujuan penjualan organ
di pasaran gelap. Kabu ada menunjukkan rekod rakaman perbualan ibu bapanya berhubung
perkara tersebut. Tanpa Ana sedari, rekod perbualan itu sebenarnya adalah
rakaman perbualan palsu yang telah pun disunting Kabu.
Setibanya di rumah Kabu, Ana kemudian dikurung di salah satu bilik rumah tersebut. Sepanjang dua tahun tempoh penculikan Ana, dia telah dilayan Kabu dengan begitu baik sekali. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan Ana pernah diikat, dipukul atau didera secara seksual. Malah Ana juga dibelikan anak patung, diberikan makanan, menonton televisyen dan dibenarkan untuk melayari internet. Ana sebenarnya pernah beberapa kali mempunyai peluang untuk melarikan diri tatkala Kabu tiada berada di rumah untuk beberapa hari.
Tidak jelas penyebab sebenar Ana enggan melarikan namun
boleh jadi dia dikhuatiri mengidap penyakit Stockholm Syndrome. Hinggalah pada
bulan Mac 2016 yakni sewaktu Ana sedang bermain internet, dia telah menonton satu
video tentang ibu bapanya yang masih lagi terdesak untuk mencarinya. Menyedari
perkara itu, barulah Ana mempunyai keberanian untuk melarikan diri lalu terus
mencari telefon awam untuk menelefon ibu bapanya.
Kabu sendiri tidak pernah mendedahkan motif sebenarnya menjadikan Ana sebagai mangsa penculikan. Keputuan perbicaraan kes tahun 2019 menyaksikan Kabu yang didapati bersalah melakukan penculikan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.
Catat Ulasan for "KISAH PENCULIKAN ANA SAITO : Penculikan yang Paling Pelik"