Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ROBERT BENJAMIN RHODES : The Truck Stop Killer

    The Truck Stop Killer atau nama sebenarnya iaitu Robert Benjamin Rhodes merupakan seorang perogol dan pembunuh bersiri dahsyat dari Amerika Syarikat. Dia diyakini telah menyeksa, merogol dan membunuh seramai lebih daripada 50 orang wanita yakni dari tahun 1975 hingga 1990.

    Robert dilahirkan pada 22 November 1945 bertempat di Bluffs, Iowa, Amerika Syarikat. Robert sememangnya bermasalah sejak dari remaja lagi di mana dia sering terlibat dengan pergaduhan dan melakukan aktiviti pecah masuk kereta. Selepas tamat sekolah menengah, Robert mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang anggota tentera laut. Reputasi Robert dalam perkhidmatan tentera itu bagaimanapun tercemar setelah bapanya ditangkap atas tuduhan mencabul seornag budak perempuan berusia 12 tahun. Bapa Robert kemudian telah membunuh diri sewaktu menunggu perbicaraan kes cabul tersebut.

    Pada tahun 1978, Robert dipecat daripada perkhidmatan tentera laut. Pemecatan itu dibuat kerana Robert didapati telah terlibat dengan satu kes rompakan. Robert seterusnya memohon untuk berkerja sebagai anggota polis. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak berikutan rekod buruk Robert dalam perkhidmatan tentera pada waktu sebelumnya. Gagal dalam pekerjaan telah membuatkan Robert cuba kembali menyambung pengajian di sebuah kolej akan tetapi terhenti di tengah jalan. Episod malang Robert berterusan dengan ketiga-tiga perkahwinannya tidak berkekalan lama. Kegagalan semua perkahwinan Robert itu dikatakan berpunca daripada Robert sendiri yang gemar untuk melakukan penderaan secara emosi dan fizikal terhadap isterinya. Apa yang pasti, Robert adalah seorang penggemar seks BDSM dan juga Swinger.

    Robert melakukan pembunuhan pertamanya pada sekitar bulan Januari 1990 dengan membunuh pasangan suami isteri pengembara yang bernama Douglas Zyskowski dan Patricia Candace Walsh. Robert telah mempelawa pasangan suami isteri tersebut untuk menaiki trak miliknya yang sudah dia ubah suai menjadi tempat penyeksaan. Di ruang belakang trak itu mempunyai beberapa peralatan yang digunakan oleh Robert untuk menyeksa mangsanya seperti cemeti, jarum, gari, cangkuk besi dan lain-lain lagi peralatan tajam. Robert telah menembak mati Douglas sebelum membuang mayat lelaki tersebut di tepi jalan raya. Patricia pula dikurung selama seminggu hanya untuk diseksa dan dirogol secara berulang kali. Pengakhiran nasib Patricia, dia turut dibunuh Robert lalu mayatnya dibuang di kawasan Millard County, Utah.

Patricia Candace Walsh

    Lebih kurang sebulan sesudah kematian Patricia, giliran seorang wanita berusia 18 tahun menjadi mangsa penculikan Robert. Wanita tersebut bernasib baik apabila Robert sudi untuk melepaskannya dengan syarat penculikan itu tidak dilaporkan kepada pihak polis. Apabila wanita tersebut dilepaskan, dia telah mengotakan janji yang dibuatnya kepada Robert untuk mendiamkan diri. Beberapa hari berikutnya, Robert telah menculik sepasang kekasih berusia 14 tahun iaitu Ricky Lee Jones dan Regina Kay Walters yang baru saja melarikan diri dari rumah masing-masing untuk hidup bersama. Sama seperti Douglas, Ricky telah mati akibat ditembak Robert. Regina? Dia bukan saja dirogol, bahkan digunting rambutnya hingga pendek selain kemaluan dirodok dengan mata kail besar. Sebelum dibunuh dengan cara jerutan menggunakan wayar tembaga, Regina telah disuruh Robert untuk memakai kasut bertumit serta gaun berwarna hitam. Lihatlah sendiri foto Regina yang diambil Robert di sebuah bangsal. Dalam foto itu, jelas sekali Regina dalam ketakutan kerana dia sedar bahawa kematian sedang menunggunya. Mayat Regina telah ditemui pada bulan September 1990 manakala Ricky pula tidak pernah dapat dikesan sama sekali.

Regina Kay Walters

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Robert. Dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa pada 1 April 1990. Pada mulanya seorang pegawai patrol mendapati lampu kecemasan trak Robert didapati dalam keadaan terpasang. Sewaktu pegawai patrol tersebut melakukan pemeriksaan dengan niat sebenarnya adalah untuk memberikan bantuan, dia tiba-tiba telah terdengar suara jeritan seorang perempuan meminta pertolongan dari dalam trak itu sekaligus membongkarkan rahsia gelap Robert. Di rumah Robert, pihak polis turut ada menemui beberapa keping foto bogel Regina dan Patricia. Jumlah keseluruhan mangsa Robert dipercayai lebih daripada 50 orang dengan kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada pelacur dan pengembara. Boleh jadi juga mangsa pembunuhan Robert adalah lebih daripada angka tersebut.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Robert yang didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan pembunuhan telah dijatuhkan dua hukuman penjara seumur hidup. Hingga setakat artikel ini ditulis, Robert yang kini sudah pun berusia 76 tahun masih lagi menjalani hukuman penjaranya di pusat tahanan Mernard, Chester, Illinois. 

Catat Ulasan for "KISAH ROBERT BENJAMIN RHODES : The Truck Stop Killer"