KISAH VIRAL TASYA, KANAK-KANAK PEMAIN PIANO YANG MATI DIBUNUH DALAM RUMAH MEWAH
Baru-baru ini viral di laman Tik Tok tentang sebuah rumah
mewah yang terbengkalai sejak dari tahun 2015 yakni terletak di Depok,
Indonesia. Apa yang mengerikan, rumah mewah ini merupakan bekas lokasi kejadian
satu pembunuhan terancang di mana mangsa yang dibunuh adalah seorang
kanak-kanak perempuan bernama Tasya. Kejadian pembunuhan Tasya ini dikatakan
telah berlaku pada beberapa tahun yang lepas.
Berdasarkan penceritaan oleh seorang Youtuber yang dikenali sebagai Rega Zoa, Tasya dibunuh oleh pengasuhnya sendiri dengan cara diracun. Dalang utama pembunuhan pula merupakan ibu serta bapa saudaranya dengan bermotifkan perebutan harta. Berdasarkan video yang dimuat turun Regazoa itu, kelihatan sofa dan peti sejuk masih lagi berada di dalam rumah mewah tersebut dalam keadaan berdebu. Selain itu, terdapat juga foto keluarga dan lukisan yang tergantung di dinding. Walau bagaimanapun, bahagian lantai dapur rumah mewah tersebut dipenuhi dengan serpihan siling yang telah pun roboh.
Menurut Rega Zoa, rumah mewah yang besar itu adalah milik pasangan suami isteri jutawan. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Tasya yang sangat berbakat dalam bermain piano. Turut tinggal di rumah mewah itu adalah pengasuh serta ibu bapa saudara Tasya. Satu hari, pengasuh di rumah mewah tersebut telah meracun Tasya hingganya mati. Sewaktu pembunuhan ini berlaku, ibu bapa angkat Tasya berada di kawasan luar bandar. Pengasuh itu melakukan pembunuhan tersebut kerana disuruh oleh ibu bapa saudara Tasya kerana mereka enggan untuk menerima hakikat bahawa Tasya akan mewarisi semua harta milik pasangan jutawan berkenaan.
Rega Zoa juga sempat menceritakan bahawa dia berasa seperti diperhatikan oleh seseorang pada sepanjang tempoh dia melakukan rakaman di rumah mewah itu. Saksikan sendiri video rakaman tersebut di sini : Tiktok, Youtube.
Catat Ulasan for "KISAH VIRAL TASYA, KANAK-KANAK PEMAIN PIANO YANG MATI DIBUNUH DALAM RUMAH MEWAH"