MISTERI KEMATIAN DEBANHI ESCOBAR
Pada bulan April 2022, mayat seorang wanita berusia 18 tahun
bernama Debanhi Escobar telah ditemui di dalam sebuah tangki air motel yakni
hanya beberapa meter dari tempat terakhirnya dilihat. Debanhi sebelum itu dilaporkan hilang selama
hampir dua minggu selepas keluar berhibur bersama dengan dua orang rakannya di
Nuevo Leon, Mexico.
Hingga setakat ini, mayat Debanhi telah dibedah siasat sebanyak
tiga kali dengan hasil laporan forenzik yang berbeza. Laporan edah siasat pertama, punca
kematian Debanhi adalah akibat terkena pukulan pada bahagian kepala. Walau
bagaimanapun, Debanhi dipercayai masih hidup ketika dia memasuki tangki air
akan tetapi paru-parunya tidak dipenuhi dengan air. Laporan bedah siasat kedua, Debanhi
berkemungkinan besar diserang secara seksual sebelum dibunuh. Laporan bedah siasat
ketiga pula mendapati Debanhi mati berpunca daripada kehabisan nafas dengan tiada sebarang unsur serangan seksual dikesan. Debanhi diyakini sudah pun mati pada dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui.
Sewaktu hari kejadian iaitu bersamaan dengan 8 April 2022, Debanhi telah menghadiri majlis parti di sebuah tempat yang terletak Escobedo. Dia bagaimanapun beredar pergi dari tempatnya berparti itu setelah bertengkar dengan rakan-rakannya. Salah seorang rakan Debanhi kemudian telah menempah sebuah teksi Uber kenalan mereka yang dikenali sebagai Jesus, 47 tahun. Tempahan teksi tersebut dibuat bertujuan untuk menghantar Debanhi pulang. Tidak lama sesudah itu, Jesus telah memberhentikan kereta lalu menyuruh Debanhi untuk keluar dari keretanya. Tidak diketahui punca Jesus berbuat sedemikian akan tetapi apa yang pasti, dia telah mematikan aplikasi Uber keretanya pada waktu tersebut. Pada masa sama, Jesus sempat menangkap foto Debanhi yang sedang berdiri di tengah jalan raya. Foto itu juga telah dihantar Jesus kepada rakan Debanhi. Seperkara yang menyeramkan, kawasan jalan raya tersebut digelar oleh penduduk tempatan sebagai “Jalan Kematian”. Manakan tidak,
BERSAMBUNG...
Catat Ulasan for "MISTERI KEMATIAN DEBANHI ESCOBAR "