Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ORPHAN : First Kill, Bersediakah Anda untuk Ditakutkan?

    Video trailer rasmi untuk filem Orphan : First Kill yang juga merupakan prekuel kepada filem Orphan tahun 2009 telah pun dipertontonkan oleh syarikat produksi Paramount di halaman Youtube mereka. Filem prekuel Orphan ini dilakonkan oleh Julia Stiles di mana dia memegang watak sebagai Tricia Albright iaitu ibu kepada Esther (Isabelle Fuhrman).

    Sinopsis filem Orphan : First Kill, Tricia dan suaminya yang bernama Allen (Rossif Suthherland) dikejutkan dengan berita penemuan semula Esther yakni anak mereka yang telah hilang sejak dari empat tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan pada sikap Esther hingga menimbulkan rasa kecurigaan terhadap abang dan juga ibunya. Ini termasuklah sikap Esther yang kadang-kadang menjadi agresif dan  bakatnya dalam seni lukisan tiba-tiba sangat menjadi luar biasa.

    Kata Tricia “Ada sesuatu yang tidak kena pada Esther.” Pada masa sama, perkara ini turut disedari oleh seorang detektif dan pakar terapi yang menguruskan Esther. Mereka berdua dapat merasakan bahawa Esther sepertinya bukan Esther yang sebenar. Berdasarkan jalan cerita filem Orphan tahun 2009, Esther sebenarnya adalah seorang wanita berusia 33 tahun yang telah melarikan diri hospital sakit jiwa sebelum menyamar sebagai budak perempuan berusia 9 tahun. Pengakhiran filem tersebut menyaksikan Esther dibunuh oleh ibu angkatnya selepas rahsia gelapnya sebagai seorang pembunuh terbongkar.

    Watak Esther dalam Orphan : First Kill masih dipegang oleh pelakon asal filem Orphan tahun 2009 iaitu Isabelle Fuhrman yang kini sudah pun berusia 25 tahun. Orphan : First Kill dijangka akan dimulakan tayangannya pada 19 Ogos kelak di panggung wayang terpilih. Saksikan video trailer rasmi Orphan : First Kill melalui pautan berikut : https://youtu.be/_uX6of3vBu0

Catat Ulasan for "ORPHAN : First Kill, Bersediakah Anda untuk Ditakutkan?"