Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PAKAR BIUS CABUL WANITA HAMIL

    BRAZIL – Seorang wanita hamil telah dicabul oleh seorang pakar bius semasa dia sedang dalam proses bersalin secara pembedahan Caesarean. Kejadian dilaporkan berlaku di  Hospital da Mulher in Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro.

    Berdasarkan laporan media, identiti pakar bius yang dikenali sebagai Giovanni Quintella Bezerra (32 tahun) itu baru saja selesai menjalani latihan perubatan dalam bidang Anatesiologi pada dua bulan lepas. Perbuatan tidak senonoh Giovanni tersebut terbongkar selepas tindakannya memberikan ubat bius berlebihan kepada wanita hamil itu disedari oleh kakitangan hospital. Rentetan daripada perkara tersebut, kakitangan hospital berkenaan bertindak untuk memasang kamera tersembunyi di dalam bilik bersalin.

    Menerusi rakaman pada kamera itu, Giovanni telah didapati memasukkan zakarnya ke dalam mulut wanita hamil tersebut selama 10 minit tatkala doktor pakar lain sedang fokus melakukan pembedahan. Bahagian Kesihatan Rio de Janeiro memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan secara dalaman berhubung insiden tersebut.

    Pihak hospital pula telah pun menyediakan bantuan sokongan moral kepada wanita itu termasuk keluarganya. Pada masa sama, pihak polis masih menyiasat sebarang kemungkinan samada terdapat pesakit wanita lain yang pernah menjadi mangsa cabul Giovanni. Menurut keterangan daripada pihak polis, kakitangan hospital yang telah membongkar perbuatan jijik Giovanni tersebut wajar untuk diberikan pujian. 

Catat Ulasan for "PAKAR BIUS CABUL WANITA HAMIL "