Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PENJELASAN KES RINA ARANO, PELAKON PORNO JEPUN YANG DITEMUI MATI DIIKAT PADA POKOK

    Baru-baru ini, negara Jepun dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam seorang pelakon porno iaitu Rina Arano yang telah ditemui di dalam sebuah hutan terpencil dalam keadaan tubuh badannya diikat pada sebatang pokok. Pembunuh Rina itu dikenal pasti sebagai seorang pekerja pejabat yang bernama Hiroyuki Sanpei. Jadi apa sebenarnya hubungan Rina dengan Hiroyuki? Mengapa Rina dibunuh? Apakah motif sebenar Hiroyuki bertindak sedemikian dan bagaimana dirinya dapat ditangkap? Mari baca kupasan kisah pembunuhan yang telah menjadi tular di laman media sosial ini.

    Rina Arano dilahirkan pada tahun 1999 di Tokyo. Dia merupakan seorang model porno yang menawarkan perkhidmatan sesi fotografi dan videografi lucah. Rina yang berhenti sekolah pada usia 19 tahun juga banyak menghabiskan masanya dengan menjadi pelayan di kelab malam. Tentang Hiroyuki pula, dia yang berusia 33 tahun pada tahun ini dikatakan berasal daripada keluarga kaya-raya. Kalau dilihat daripada segi luaran, kehidupan Hiroyuki boleh dikatakan hampir sempurna. Dia sudah berkahwin dan memiliki karier yang stabil. Selain itu, Hiroyuki juga memiliki sebuah rumah villa mewah yang terletak di Ibaraki Prefecture.

    Berdasarkan laporan media, Hiroyuki mempunyai rekod pernah ditangkap beberapa kali ditangkap oleh pihak polis. Salah satu kesalahan jenayah Hiroyuki yang menyebab penangkapannya itu adalah kerana mencederakan seorang wanita. Tidak jelas samada Hiroyuki pernah menerima pertuduhan atau dipenjarakan atas kesalahan jenayah tersebut tetapi apa yang dapat dipastikan dia sering dilepaskan atas faktor pengaruh yang dimiliki keluarganya.

    Berbalik dengan cerita Hiroyuki dan Rina, perkenalan antara mereka berdua bermula dari laman Twitter. Mereka pernah berjumpa sebanyak dua kali dengan pertemuan kedua tersebut merupakan pengakhiran hidup Rina. Kali terakhir Rina dilihat masih hidup adalah pada 5 Jun 2022 yakni di Stesen Mito. Menerusi pemeriksaan di stesen itu, Rina dikesan memasuki ke dalam kereta Hiroyuki yang telah datang menjemputnya. Hiroyuki seterusnya membawa Rina ke rumah villanya. Apa yang berlaku kemudian, ada sesuatu telah berlaku samada berpunca dengan tindakan Rina cuba untuk keluar dari rumah villa tersebut atau boleh jadi memang satu pembunuhan terancang yang sudah dirancang Hiroyuki.

    8 Jun 2022, ibu bapa Rina membuat laporan kehilangan Rina selepas anak perempuan mereka itu gagal untuk dihubungi sama sekali. Hasil siasatan oleh pihak polis, mereka mendapat maklumat berkenaan dengan Rina yang telah keluar bersama dengan Hiroyuki. Susulan maklumat tersebut, pihak polis pun melakukan pemeriksaan di rumah villa Hiroyuki. Pada mulanya Hiroyuki menafikan tentang keberadaan Rina akan tetapi rahsianya terbongkar setelah pihak polis menemui telefon pintar Rina di dalam rumah villa itu. Rentetan penemuan tersebut, pihak polis pun menangkap Hiroyuki lalu terus dibawa ke balai. Penangkapan Hiroyuki itu telah membawa kepada penemuan mayat Rina yang ditemui mati dalam keadaan bogel serta diikat pada sebatang pokok. Rina dipercayai sudah mati pada dua atau tiga minggu sebelum  penemuan mayatnya.

    Laporan forensik mendedahkan bahawa Rina telah mengalami patah tulang Hyoid iaitu tulang di leher yang menyokong lidah. Perkara ini bermaksud Rina berkemungkinan besar mati akibat dicekik atau digantung. Hiroyuki ada membuat pengakuan telah menggari Rina namun dia membuat penafian mengenai pembunuhan tersebut. Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan dengan butiran yang lebih terperinci bakal menyusul pada masa terdekat. Sama-sama tunggu dan lihat akan kesudahan kes ini. 

Catat Ulasan for "PENJELASAN KES RINA ARANO, PELAKON PORNO JEPUN YANG DITEMUI MATI DIIKAT PADA POKOK"