Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PERKEMBANGAN KES PEMBUNUHAN DUA ANAK-BERANAK DI SUBANG, PEMBUNUH DIPERCAYAI SEBAGAI PSIKOPAT

    INDONESIA – Sudah hampir setahun berlalu, pelaku yang telah melakukan pembunuhan terhadap Tuti Suharti (55 tahun) dan Amalia Mustika Ratu (23 tahun) di Subang pada bulan Ogos tahun lepas masih lagi belum dapat dikenal pasti dan ditangkap oleh pihak berkuasa.

    Menerusi perkembangan terkini, seorang ahli forensik bernama Dr. Sumy Hastry atau turut dikenali sebagai Dr. Sumy telah menyimpulkan bahawa pelaku utama dalam kes ini merupakan seorang psikopat. Dr. Sumy membuat kenyataan ini berdasarkan hasil laporan forensik kedua-dua mangsa.  Jelas Dr. Sumy, pelaku berkemungkinan besar berdendam samada terhadap kedua-dua mangsa ataupun keluarga mangsa. Penilaian itu dibuat Dr. Sumy dengan mengambil kira faktor luka kecederaan yang dialami oleh mangsa terutamanya Tuti. Dr. Sumy merupakan salah seorang penyiasat di dalam kes pembunuhan kejam ini di mana dia juga telah terlibat dalam melakukan bedah siasat ke atas mayat Tuti dan Amelia.

    Difahamkan pasukan penyiasat dalam kes ini telah pun menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek seperti pemeriksaan DNA serta cap jari dan pemeriksaan CCTV. Penyiasat juga optimis bahawa kes ini akan dapat diselesaikan walaupun secara faktanya bukan pada masa terdekat.

    Psikopat kebiasaannya dikaitkan dengan individu yang memiliki gangguan tertentu serta pada masa sama tidak mempunyai sebarang rasa belas kasihan terhadap mangsa mereka. Psikopat juga biasanya lahir daripada keluarga yang bermasalah dan memiliki sejarah penderaan pada zaman kanak-kanak. Bacaan terdahulu kes ini boleh di baca sini : DUA BERANAK JADI MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM

Catat Ulasan for "PERKEMBANGAN KES PEMBUNUHAN DUA ANAK-BERANAK DI SUBANG, PEMBUNUH DIPERCAYAI SEBAGAI PSIKOPAT"