TIGA SEKELUARGA DITEMUI MATI LEMAS, BUNUH DIRI AKIBAT MATA WANG KRIPTO LUNA
KOREA SELATAN – 29 Jun 2022, mayat tiga orang anak-beranak
ditemui berada dalam kereta mereka yang telah tenggelam dengan kedalaman 10
meter di kawasan lautan Wando, Jeolla Selatan. Berdasarkan pemeriksaan
forensik, identiti salah mangsa dikenali sebagai Cho Yoo-na (10 tahun). Identiti
dua orang lagi mangsa itu pula merupakan ibu bapa Cho Yoo-na yang masih belum didedahkan
nama mereka.
Ketiga-tiga mangsa tersebut sebelum ini dilaporkan hilang
sejak dari 30 Mei 2022 dengan kali terakhir dilihat adalah pada pukul 11 malam
yakni sewaktu mereka meninggalkan rumah percutian yang terletak di daerah
Wando. Penemuan mayat mangsa itu dibuat selepas pihak polis menemui kereta Audi
A6 sedan milik mereka ditemui melekat pada jaring di kawasan laut berkenaan. Mayat
semua mangsa hanya disedari berada di dalam kereta tersebut sesudah kereta itu
berjaya diangkat ke darat.
Berdasarkan laporan daripada media, pihak polis pada waktu sebelumnya melakukan operasi pencarian keluarga Cho Yoo-na secara besar-besaran di kawasan pantai Jeolla Selatan. Sebelum menghilang, ibu bapa Cho Yoo-na telah pergi ke sekolah Cho Yoo-na bagi meminta izin daripada pihak pengurusan sekolah untuk membawa Cho Yoo-na bercuti ke Pulau Jelu selama sebulan iaitu dari 19 Mei 2022 hingga 15 Jun 2022. Hinggalah 16 Jun, Cho Yoo-na masih tidak hadir ke sekolah. Pada masa sama, ibu bapa Cho Yoo-na gagal untuk dihubungi sama sekali. Pihak pengurusan sekolah itu kemudian membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa keluarga Cho Yoo-na tidak pernah sampai di Pulau Jeju. Keluarga tersebut sebaliknya menuju ke Wando dengan Audi A6 mereka pada 23 Mei 2022. Sepanjang tempoh berada di Wando, keluarga Cho Yoo-na ini telah menginap di sebuah rumah percutian bermula dari 24 hingga 31 Mei 2022. Seperkara harus diketahui, mereka bertiga lebih banyak menghabiskan masa berada di rumah percutian itu berbanding untuk keluar berhibur. Keluarga Cho Yoo-na mendaftar keluar dari rumah percutian tersebut sehari lebih awal daripada jadual. Menerusi rakaman kamera litar tertutup di kawasan rumah percutian itu, Cho Yoo-na dilihat telah digendong oleh ibunya sambil diekori bapanya yang memegang beg plastik. Mereka beredar pergi dari kawasan situ tanpa dalam keadaan situasi yang mencurigakan. Pada hari sama, telefon pintar ibu bapa Cho Yoo-na telah memadam telefon pintar masing-masing.
Buat masa sekarang, tiada maklumat mengenai apa yang berlaku kepada keluarga Cho Yoo-na ini setelah mereka meninggalkan kawasan rumah percutian tersebut. Malah punca sebenar kematian mereka masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa kes kematian mereka adalah kes bunuh diri. Perkara ini berikutan pihak polis polis telah mendapat maklumat tentang ibu bapa Cho Yoo-na berdepan dengan masalah hutang akibat mengalami kerugian dalam pelaburan mata wang Kripto Luna. Sejarah pada komputer milik keluarga tersebut menunjukkan ibu bapa Cho Yoo-na dipenuhi dengan rekod pencarian mengenai Luna. Selain itu, ibu bapa Cho Yoo-na juga ada mencari maklumat yang berkaitan dengan pil tidur serta cara untuk membunuh diri
Catat Ulasan for "TIGA SEKELUARGA DITEMUI MATI LEMAS, BUNUH DIRI AKIBAT MATA WANG KRIPTO LUNA"