Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA DIKERAT SEBELAS BAHAGIAN OLEH TEMAN LELAKI

    INDONESIA – Pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki barusia 32 tahun iaitu Imam Sobari selepas lelaki itu dipercayai telah melakukan pembunuhan terhadap teman wanitanya yang dikenali sebagai Kholidatunnimah. Lagi kejam, Imam turut mengerat mayat Kholidatunnimah kepada sebelas bahagian.

    Berdasarkan kenyataan rasmi daripada pihak polis, Imam sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah merogol Kholidatunnimah hingga teman wanitanya itu melahirkan seorang bayi lelaki yang kini dilaporkan sudah berusia 5 tahun. Walau bagaimanapun, Imam telah dibebaskan pada tahun keenamnya di penjara. Imam dan Kholidatunnimah dikatakan menjalinkan hubungan sejak dari tahun 2015 yakni sewaktu Kholidatunnimah masih lagi bersekolah menengah.

    Selepas pembebasannya, Imam kembali menghubungi Kholidatunnimah sebelum mereka berdua membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan menyewa sebuah bilik yang terletak di di daerah Bergas Kabupaten Semarang sejak setengah bulan lepas. Pemilik tersebut membenarkan pasangan tersebut untuk tinggal sekali di dalam bilik itu susulan pengakuan daripada Imam yang mendakwa dirinya dan Kholidatunnimah sudah pun berkahwin secara rahsia.

    Kisah sebenar bermula pada malam 16 Julai yang lalu apabila Imam telah bertengkar dengan Kholidatunnimah. Pertengkaran tersebut dikatakan berpunca daripada teguran Kholidatunnimah terhadap Imam yang masih lagi menganggur dan langsung tidak berusaha untuk mencari pekerjaan. Kholidatunnimah telah dicekik oleh Imam hingga mati semasa dia sedang tidur. Sesudah Kholidatunnimah tidak lagi bernyawa, Imam mengheret mayat teman wanitanya itu menuju ke bilik mandi. Di situlah Imam mengerat mayat Kholidatunnimah bermula dari bahagian kaki, tangan, dada, punggung dan kepala dengan menggunakan pisau dapur yang berkarat. Aksi keratan tersebut dilakukan dilakukan Imam selama tiga hari berturut-turut.

    Semua keratan mayat itu telah dimasukkan Imam ke dalam tujuh bungkusan plastik sebelum dibuang ke beberapa buah lokasi berbeza. Imam bahkan sempat untuk mengambil wang dan menjual barang kemas milik Kholidatunnimah. Salah satu bungkusan plastik yang mengandungi keratan mayat Kholidatunnimah tersebut seterusnya ditemui oleh seorang kaki pancing di mana dia kemudian segera membuat laporan polis berhubung dengan penemuan mengerikan itu. Pihak polis yang melakukan pemeriksaan lanjutan telah menemui kad ATM Kholidatunnimah sekaligus membawa kepada pengenalpastian mayatnya dan Imam selaku suspek pembunuhan.

    Setelah kejadian pembunuhan dan keratan mayat tersebut, Imam sempat bertemu dengan bapa Kholidatunnimah untuk menjenguk anak lelakinya sebelum cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api. Hasrat Imam itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila berjaya ditangkap oleh pihak polis di stesen api berkenaan. Jika didapati bersalah, Imam bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara maksimum seumur hidup.                                                                

Catat Ulasan for "WANITA DIKERAT SEBELAS BAHAGIAN OLEH TEMAN LELAKI "