Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AKIBAT BERLAKU CURANG, KEMALUAN LELAKI DIKERAT ISTERI

    INDONESIA – Seorang lelaki yang juga merupakan seorang guru sekolah rendah di  Desa Pasir Limus, Desa Wangunharga, Kecamatan Cikarang Utara, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat selepas bahagian kemaluannya telah dikerat oleh isterinya sendiri pada hari Sabtu lepas. Mangsa yang hanya dikenali sebagai E (46 tahun) terus dihantar ke hospital sesudah kejadian mengerikan tersebut untuk rawatan selanjutnya. Sementara itu, suspek iaitu NY (42 tahun) dilaporkan bertindak kejam sedemikian setelah mendapat tahu tentang hasrat E yang ingin berkahwin lain.

    Menerusi kenyataan daripada ketua polis tempatan, usia pasangan suami isteri berkenaan dikatakan sudah pun mencecah tujuh tahun. NY tekad untuk mengerat kemaluan E kerana berasa cemburu dan marah dengan suaminya itu yang telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. Rahsia gelap E tersebut terbongkar selepas telefon pintar miliknya diperiksa oleh NY.

    Kejadian bermula saat E sedang tidur di rumah sewanya di mana dia tiba-tiba dapat berasa seluar pendeknya telah ditarik oleh seseorang tidak lain tidak bukan si NY. Dalam sekelip mata saja kemaluan E dikerat NY dengan menggunakan pisau. E kemudian terus menjerit kesakitan sambil berlari keluar dari rumah bagi meminta bantuan.

    Buat masa sekarang, E yang mengalami kecederaan parah di bahagian kemaluannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil. NY pula telah menyerah diri kepada pihak polis. Menurut beberapa sumber yang tidak dapat disahkan kesahihan ceritanya, NY didakwa tersenyum puas sewaktu penangkapan terhadapnya dibuat. 

Catat Ulasan for "AKIBAT BERLAKU CURANG, KEMALUAN LELAKI DIKERAT ISTERI"