KISAH KEMATIAN BILL HALL JR. : Isteri Lawan Perampas, Suami yang Tertewas
Bill Hall Jr. dan Frances Hall mula menjalinkan hubungan
sejak dari mereka berusia 16 tahun lagi. Dua tahun selepas hubungan itu
terjalin, mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin. Bill dan Frances
melafazkan janji untuk sama-sama setia dan hidup susah senang bersama. Pada
sekitar tahun 1980-an, pasangan tersebut memulakan perusahaan trak secara
bersama di mana perniagaan itu telah berjaya mengubah kehidupan mereka. Bill
dan Hall mempunyai dua orang yakni seorang lelaki dan seorang perempuan.
Kisah sebenar bermula pada bulan Oktober 2013 apabila Bill
telah mengalami kemalangan motosikal di jalan raya besar. Dia yang cedera parah
pada bahagian kepala sempat dikejarkan ke hospital sebelum akhirnya disahkan
meninggal dunia. Bill sebenarnya terlibat dalam kemalangan itu sewaktu dia cuba
untuk menghentikan pertengkaran yang berlaku antara isteri dan kekasih
gelapnya. Diulangi, isteri dan kekasih gelap Bill.
Sepanjang lebih 30 tahun usia perkahwinannya dengan isterinya yang bernama Frances, Bill sering berlaku curang. Walau bagaimanapun, perbuatan Bill tersebut selalu dimaafkan oleh Frances. Kali terakhir Bill melakukan kecurangan adalah dengan menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bekas penari tiang yang dikenali sebagai Bonnie Contreras. Bill yang bermulut manis telah berjanji kepada Bonnie tentang dirinya akan bercerai dengan Frances. Bill bagaimanapun terperangkap dalam permainannya sendiri apabila Bonnie mendesaknya secara berterusan supaya menceraikan Frances. Sampai satu masa, Bill sendiri yang mula menjauhkan dirinya daripada Bonnie. Perkara ini sekaligus menyebabkan Bonnie berasa tidak puasa hati. Maka apa yang Bonnie lakukan, dia mula mengganggu Frances dengan menghantar teks mesej berbaur ugutan serta foto bogelnya semasa berhubungan seks dengan Bill. Sejurus melihat foto bogel Bonnie itu, Frances telah diusir Bill keluar dari rumah. Insiden ini dikatakan berlaku pada sehari sebelum Bill mengalami kemalangan motosikal tersebut.
Bonnie |
Pada 10 Oktober 2013, Frances yang memandu kereta di sekitar pekan telah terserempak dengan kereta yang dipandu Bonnie. Frances mengambil peluang itu untuk mengajar Bonnie dengan berkata,
“Biarkan aku
bersendirian! Berhenti menggangguku! Aku malas nak bergaduh! Kau nakkan Bill,
silakan. Tinggalkan aku dan keluargaku daripada semua ini!”
Pada masa sama, Bill turut berada di situ dengan menaiki
motosikal tanpa memakai topi keledar. Bermula dari sinilah berlakunya aksi
kejar mengejar antara kereta Frances dan Bonnie. Soal bagaimana Bill mengalami
kemalangan, Frances dan Bonnie mempunyai versi cerita yang berbeza. Cerita
Bonnie, Frances melanggar Bill dari arah belakang dan sesudah pelanggaran itu,
Frances terus mengejarnya. Cerita Frances pula, Bonnie yang menyebabkan
kemalangan berlaku hingga membawa kepada kematian Bill. Cumanya hasil
pemeriksaan daripada pakar mendapati bahawa bukti yang sedia ada telah menunjukkan Bill telah terlanggar cermin sisi kereta Frances semasa cuba mengelakkan pelanggaran. Perkara ini bermaksud kematian Bill adalah berpunca daripada kemalangan yang tidak disengajakan.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes tahun 2016, Frances dipenjarakan selama dua tahun kerana menyebabkan kematian Bill. Dua tahun berikutnya, Frances kembali dibebaskan. Menerusi salah satu kenyataan yang keluar daripada mulut Frances,
“Hal ini akan sentiasa berada dalam ingatan saya. Saya sudah pun kehilangan suami saya. Saya tidak akan mendapatkannya kembali, jadi kehidupan ini akan tetap diteruskan. Adakah saya telah membunuh suami saya? Tidak dan saya tidak akan mengakui perkara itu. Adakah saya mengejar dia (Bonnie) pada hari kejadian? Ya dan saya benar-benar menyesali dengan perkara itu untuk seumur hidup saya.”
Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN BILL HALL JR. : Isteri Lawan Perampas, Suami yang Tertewas"