Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LORI HACKING

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara Amerika Syarikat pada tahun 2004. Tahun itu, Mark Hacking dan Lori Kay Soares Hacking adalah pasangan suami isteri yang telah pun berkahwin sejak dari tahun 1999. Hubungan mereka berdua sebagai pasangan suami dikatakan begitu bahagia dan tidak mempunyai sebarang masalah besar.

    Kisah sebenar bagaimanapun bermula pagi 19 Julai 2004 apabila Mark telah menghubungi pihak polis bagi membuat laporan tentang kehilangan Lori. Mark membuat laporan tersebut selepas Lori langsung tidak pulang ke rumah setelah keluar pergi berjoging. Tidak lama sesudah panggilan telefon kali pertama itu dibuat, Mark telah menelefon pihak polis buat kali kedua bagi memaklumkan mengenai penemuan kereta Lori yang ditemui diparkir di sekitar kawasan isterinya itu berjoging. Operasi pencarian Lori kemudian dijalankan secara besar-besaran oleh pihak polis dan anggota sukarelawan. Seperkara yang menyedihkan, Lori pada wakut tersebut sedang hamil lima bulan anak pertamanya.

    Sehari selepas kehilangan Lori, pihak polis telah menerima aduan mengenai Mark yang dikatakan telah berlari keluar dari sebuah hotel dalam keadaannya bertelanjang. Rentetan daripada perkara itu, Mark pun dihantar ke hospital sakit jiwa untuk pemeriksaan selanjutnya. Pihak polis pada waktu sebelumnya memang sudah mengesyaki Mark berkemungkinan besar adalah dalang utama di sebalik kehilangan isterinya. Berdasarkan siasatan awal yang pihak polis jalankan, mereka mendapati Mark telah pergi membeli tilam baru. Barangan peribadi milik Lori seperti beg duit di apartment kediaman yag didiaminya bersama Mark. Lain-lain penemuan, kesan darah pada kerusi tempat duduk belakang kereta Lori.

    Pada 24 Julai 2004, Mark telah membuat pengakuan kepada dua orang adik-beradik lelakinya mengenai pembunuhan Lori yang dia telah lakukan. Cerita Mark berhubung pada hari kejadian, dia telah menembak kepala Lori dengan menggunakan senapang sewaktu isterinya sedang tidur. Jelas Mark lagi, dia bertindak sedemikian kerana latar belakang akademik perubatan palsunya selama ini telah diketahui oleh Lori. Perkara tersebut terbongkar selepas Lori menelefon pihak pengurusan Sekolah Perubatan Universiti of North Carolina-Chapel Hill. Pada mulanya, Lori membuat panggilan telefon itu bagi mendapatkan kepastian samada universiti berkenaan ada menawarkan bantuan kewangan untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, Lori dikejutkan dengan pemberitahuan bahawa tiada sebarang rekod data Mark Hacking sebagai pelajar perubatan di universiti tersebut. Mendengar perkara itu, Lori benar-benar berasa kecewa kerana dia sanggup berhenti kerja hanya semata-mata untuk mengikut Mark berpindah ke kawasan yang berdekatan dengan universiti tersebut.

    Hanya selepas insiden kehilangan Lori, barulah keluarga Lori dan keluarga Mark sendiri mendapat tahu mengenai pembohongan Mark telah lakukan sejak sekian lamanya. Mark bukan saja tidak pernah diterima ke mana-mana sekolah perubatan, malah dia juga diberhentikan dari Universiti Utah atas sebab keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan. Keluarga Mark sebenarnya bukan calang-calang orang di mana bapanya merupakan seorang doktor perubatan manakala ibunya pula bekerjaya sebagai jururawat. Dua orang lagi abangnya pula bekerja dalam bidang sains. Disebabkan inilah Mark lebih rela untuk merahsiakan kegagalannya daripada pihak keluarganya. Lebih dahsyat, Mark sanggup membunuh Lori kerana berasa risau pembohongannya akan terdedah. Mayat Lori pada akhirnya ditemui di tapak pelupusan sampah dalam keadaan sudah mereput.

    15 April 2005, Mark yang didapati bersalah melakukan pembunuhan peringkat pertama telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan layak menerima parol seawal tahun 2035.                  

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LORI HACKING "