Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MARIA NEMETH

    Pada bulan September 2015 bertempat di Florida, Amerika Syarikat, seorang lelaki berusia 25 tahun bernama Fidel Lopez telah bertindak untuk membunuh teman wanitanya sendiri yang berusia 31 tahun iaitu Maria Nemeth. Pembunuhan tersebut berpunca daripada Maria yang telah menyebut nama bekas suaminya semasa dia dan Fidel melakukan hubungan seks.

    Fidel dan Maria dikatakan mula berkenalan di sebuah kelab malam. Pada waktu itu, Maria baru saja berpisah dengan suaminya yang sudah dikahwininya selama 8 tahun. Tentang Fidel pula, dia berstatus sebagai bapa kepada dua orang anak. Tidak lama selepas perkenalan Fidel dan Maria tersebut, mereka berdua yang menjalinkan hubungan lebih serius telah membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama. Pasangan itu pada mulanya tinggal di rumah keluarga Fidel sebelum akhirnya berpindah ke sebuah rumah jenis apartment.

    Pada malam 20 September 2015 yakni seminggu selepas Fidel dan Maria berpindah ke rumah apartment tersebut, mereka berdua meluangkan masa bersama dengan meminum minuman keras. Pada awalnya, keadaan baik-baik saja. Hinggalah saat pasangan itu melakukan hubungan seks dalam almari, Maria tiba-tiba menjerit dengan menyebut nama suaminya sebanyak dua kali. Diulangi, dua kali. Perkara tersebut sekaligus telah menyebabkan Fidel benar-benar berasa marah.

    Sesudah Maria tidak sedarkan diri akibat terlalu mabuk, Fidel mula berjalan mundar-mandir di dalam apartment kediaman mereka tersebut. Jeritan Maria itu masih lagi terngiang-ngiang dalam kepalanya. Fidel yang ternyata gagal untuk mengawal emosi mula melepaskan kemarahannya dengan memecahkan beberapa barangan, merosakkan dinding dan memecahkan pintu kaca gelongsor di apartment kediaman berkenaan. Entah apa yang bermain dalam fikiran Fidel, dia kemudian menusuk kemaluan Maria dengan menggunakan botol bir dan batang besi. Lagi dahsyat, Fidel telah menarik keluar usus Maria. Setelah Fidel berasa puas memperlakukan Maria dengan cara sedemikian rupa, dia pun cuba menyedarkan teman wanitanya itu. Namun apabila Fidel melihat teman wanitanya itu langsung tidak bangun, dia menjadi panik.

    Seterusnya Fidel cuba untuk berlagak tenang dengan menyalakan api rokok. Pada masa sama, dia sempat untuk membersihkan lokasi kejadian dengan niat untuk menghapuskan semua bukti. Selesai kerja-kerja pembersihan tersebut, barulah Fidel menghubungi pihak talian kecemasan untuk memberitahu mengenai keadaan Maria. Setibanya pasukan kecemasan di lokasi kejadian, mereka melihat Fidel duduk di sebelah jasad Maria dalam keadaannya menangis teresak-esak mengharapkan teman wanitanya itu bangun semula. Maria disahkan meninggal dunia pada kira-kira setengah jam selepas ketibaan pasukan kecemasan tersebut.

    Pasukan penyiasat yang menjalankan siasatan telah mendapat maklumat daripada jiran sekeliling tentang bunyi bising dan pertengkaran di apartment Fidel sebelum pada waktu sebelum kematian Maria. Rentetan daripada perkara itu, pihak polis pun terus menahan Fidel bagi tujuan soal siasat. Menerusi sesi soal siasat tersebut, Fidel mendakwa bahawa Maria telah menyuruhnya untuk memasukkan beberapa jenis objek ke dalam kemaluannya semasa mereka berhubungan seks. Setelah selesai hubungan seks itu, Maria pergi ke tandas untuk muntah. Beberapa minit berikutnya, Fidel mendapati Maria telah mengalami kesukaran untuk bernafas.

    Pihak polis yang sememangnya mencurigai Fidel sejak dari awal lagi telah menekan lelaki tersebut untuk menceritakan perkara yang sebenar. Disebabkan tidak tahan dengan tekanan itu, Fidel pun membuat pengakuan sebenar mengenai apa yang sudah berlaku kepada Maria. Cerita Fidel lagi, “Dia (Maria) telah memanggil saya dengan nama lelaki celaka itu dan dia menyebut nama itu sebanyak dua kali dan dia salah, semestinya keliru antara saya dengan lelaki itu.” Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes tahun 2017, Fidel yang didapati bersalah melakukan pembunuhan peringkat pertama telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang pembebasan bersyarat.                                                                                             

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MARIA NEMETH"