Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH RHODA DERRY YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

    Rhoda Derry merupakan seorang wanita berasal dari keluarga petani yang dilahirkan pada tahun 1834 di Fayette County, Indiana, Amerika Syarikat. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Rhoda. Namun pada usianya 16 tahun, Rhoda telah jatuh cinta dengan remaja lelaki sebayanya iaitu Charles Penix. Cinta Rhoda ternyata tidak bertepuk sebelah tangan kerana Charles juga turut mencintainya. Sampai satu masa, Charles berjanji kepada Rhoda bahawa mereka berdua akan berkahwin.

    Hubungan Charles dan Rhoda bagaimanapun ditentang oleh keluarga Charles terutama ibunya. Tentangan itu dibuat kerana ibu Charles mempercayai bahawa keluarga Rhoda mengamalkan ilmu sihir yakni diwarisi daripada nenek Rhoda bernama Mary Derry yang dahulunya dipercayai sebagai ahli sihir. Rhoda juga menerima ugutan sihir daripada ibu Charles jika dia dan Charles masih lagi meneruskan hubungan mereka. Ugutan tersebut sekaligus membuatkan Rhoda berasa ketakutan dan mula menjadi paranoid dengan orang-orang di sekelilingnya. Malah Rhoda juga mendakwa ada iblis dengan nama Old Scratch kerap muncul untuk mencederakannya. Emosi Rhoda menjadi tidak stabil dari hari ke hari.

    Rhoda pada mulanya dihantar oleh ibu bapanya ke sebuah hospital sakit jiwa. Namun apabila keadaannya semakin teruk serta berada pada tahap sukar lagi untuk dikawal, ibu bapa Rhoda pun menghantarnya ke sebuah rumah jagaan yang dikenali sebagai Adam County Almshouse. Sepanjang tempoh 40 tahun Rhoda berada di rumah jagaan itu, dia dilayan dengan yang langsung tidak berkeperimanusiaan sama sekali di mana dia telah menjadi mangsa penderaan dan pengabaian. Rhoda yang disuruh bertelanjang 24 jam dipaksa untuk tinggal di dalam kotak kayu sempit dengan posisi badannya dalam keadaan merangkak. Hingga pada akhirnya, Rhoda mengalami masalah otot yang menyebabkannya tidak lagi untuk berjalan. Di dalam kotak itu jugalah tempat Rhoda untuk membuang air kecil dan najisnya.

    Selain dibiarkan kelaparan, Rhoda juga memukul mulut sendiri hingga menyebabkan hampir semua giginya patah. Lagi dahsyat, Rhoda membutakan mata sendiri dengan mencungkil kedua-dua matanya itu keluar. Dia berbuat sedemikian kerana enggan lagi melihat Old Scratch yang selalu mengganggunya. Rhoda juga tidak dapat lagi untuk bercakap seperti biasa. Penyeksaan Rhoda hanya berakhir setelah kisah tentang dirinya didengari oleh seorang doktor perubatan bernama Dr. George Zeller.

    Sesudah Dr. George menyemak sejarah kesihatan dan cara Rhoda dirawat, dia bertekad untuk memastikan Rhoda menerima rawatan sebetulnya. Tahun 1904, Rhoda dipindahkan ke Hospital Sakit Jiwa Peoria, Illinois. Rhoda dimandikan setiap hari dengan bersih, terapi tertentu dan dilayan secara lembut oleh kakitannan di hospital tersebut. Rhoda bahkan mempunyai katil sendiri selepas 40 tahun lamanya dia tidur dalam keadaan yang sangat tidak selesa. Lama-kelamaan, Rhoda menjadi rapat dengan Dr. George, kakitangan hospital dan pesakit mental lain di hospital itu. Tahun 1906 iaitu saat penghujung kehidupan Rhoda yang hampir menjadi kembali normal, dia meninggal dunia pada usia 72 akibat penyakit tuberkulosis.

    Ramai pihak mempercayai bahawa iblis Old Scratch menjadi igauan ngeri Rhoda tersebut sebenarnya adalah sekadar halusinasi dan dia sendiri berkemungkinan besar mengidapi penyakit Skizofrenia. Jika ada doktor perubatan seperti Dr. George muncul pada awal kehidupan Rhoda, sudah pasti pengakhiran kisah yang berbeza. 

Catat Ulasan for "KISAH RHODA DERRY YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN "