KISAH GIGITAN MISTERI CLARITA VILLANUEVA
Pernah dengan kisah tentang Clarita Villanueva? Nama
wanitalah ini yang pernah menggemparkan Filipina pada sekitar tahun 1950-an di
mana dia telah jatuh sakit akibat gigitan misteri yang ada pada tubuh badannya
secara tiba-tiba. Dakwa Clarita, kesan gigitan tersebut adalah kerana dia telah
digigit oleh dua lembaga yang menyeramkan. Hingga pada hari ini, tiada siapa
tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Clarita. Cuma kisah Clarita ini juga mempunyai
pelbagai versi hinggakan ada versi tokok tambah yang agak tidak logik jalan
ceritanya. Jadi artikel pada kali ini sekadar menceritakan kronologi yang
berlaku kepada Clarita.
Clarita dilahirkan pada tahun 1940-an tanpa bapa kandung
yang tidak diketahui asal usul di sisinya. Clarita membesar dengan ibunya yang
bekerja sebagai seorang dukun. Ibu Clarita itu bagaimanapun hanyalah seorang
dukun pembohong yang suka memanipulasikan keadaan untuk mendapatkan duit dengan
cara mudah. Apa yang menyedihkan yakni sewaktu Clarita baru berusia 12 tahun,
ibunya tiba-tiba telah meninggal dunia dengan cara mengejut. Susulan kematian
ibunya, Clarita pun hidup gelandangan. Demi kelangsungan hidup, Clarita akhirnya
terpaksa menjadi pelacur pada usia yang begitu muda.
Kisah sebenar Clarita bermula pada bulan Mei 1951. Pada satu malam, Clarita berjalan bersendirian untuk mencari pelanggan. Dia kemudian telah berkenalan dengan seorang lelaki. Tanpa Clarita sedari, lelaki tersebut rupa-rupanya adalah seorang lelaki anggota polis yang sedang melakukan penyamaran untuk membanteras kegiatan pelacuran. Selepas penangkapan Clarita itu, dia pun dipenjarakan di dalam penjara berusia 300 tahun iaitu Ancient Bilibid Prison. Penjara yang dibina oleh pihak Sepanyol ini pernah digunakan oleh para tentera Amerika Syarikat dan Jepun sebagai tempat untuk melakukan penyeksaan. Lagi dahsyat, penjara ini turut mempunyai unsur kejadian paranormal.
Tidak lama setelah
pemenjaraannya, dia yang berada dalam bilik sel bersendirian telah mula
bertingkah laku aneh seperti menjerit dan merangkak. Lebih menyeramkan, muncul
kesan gigitan pada leher, kaki dan lengan Clarita yang tidak dapat untuk dipastikan
punca gigitan tersebut. Namun mengikut dakwaan Clarita, dia telah diserang oleh
dua lembaga yang benar-benar menyeramkan. Lembaga pertama, berbadan tinggi
serta lebat berbulu. Lembaga kedua pula berbadan kecil dan mempunyai misai.
Pada mulanya, pihak pengurusan penjara tidak mempedulikan Clarita kerana
beranggapan wanita itu sengaja melukakan diri untuk menarik perhatian mereka.
Sesudah keadaan Clarita menjadi semakin teruk, barulah dia dikeluarkan dari penjara
untuk diberikan rawatan sepatutnya.
Dalam sekelip mata, kisah Clarita pun telah mendapat liputan luas oleh pihak media. Hasil pemeriksaan oleh pakar perubatan, Clarita disahkan tidak mempunyai sebarang masalah mental. Pada masa sama, para doktor juga tidak dapat memberikan sebarang penjelasan berkenaan dengan kesan gigitan yang ada pada tubuh badan Clarita. Keadaan Clarita menjadi kembali pulih selepas kehadiran seorang paderi bernama Lester Sumrall yang telah menjalankan ritual eksorsisme kepadanya selama 3 hari. Sepanjang tempoh ritual eksorsisme ini dijalankan, mata Clarita dikatakan penuh dengan kemerahan menandakan kemarahan. Nasib Clarita selepas eksorsisme tersebut tidak jelas kerana ada yang mengatakannya telah pun meninggal dunia.
Biarpun hingga sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada sudut saintifik perubatan mengenai apa yang berlaku kepada Clarita, ada sesetengah pihak mempercayai bahawa dia sebenarnya berkemungkinan besar telah mengalami penyakit kemurungan dan skizofrenia gara-gara kehidupan peribadi yang dilaluinya sebelum itu. Sebuah filem seram Filipina yang diangkat daripada kisah Clarita Villanueva ini dengan judul Clarita telah ditayangkan pada tahun 2019.
Catat Ulasan for "KISAH GIGITAN MISTERI CLARITA VILLANUEVA"