KISAH KEHILANGAN KELUARGA ZAINUDIN YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
Baru-baru ini, negara Indonesia telah dikejutkan dengan
berita penemuan mayat empat sekeluarga yang ditemui dalam tangki septik kawasan
rumah mereka sendiri bertempat di Kampung Marga Jaya, Kecamatan Negara Batin,
Kabupaten Way Kanan, Lampung. Penemuan mayat tersebut juga sekaligus telah
merungkai kehilangan mereka yang dilaporkan hilang sejak dari bulan Oktober
2021. Namun apa yang benar-benar mengejutkan ramai pihak, pembunuhan semua
mangsa ini dilakukan oleh anggota keluarga mereka sendiri hanya kerana
bermotifkan perebutan harta pusaka.
Kisah sebenar bermula apabila kelibat Zainudin (78 tahun)
yang dikatakan sering solat berjemaah di masjid tidak lagi dilihat oleh para
jemaah dan penduduk kampung sejak dari bulan Oktober 2021. Ada tiga lagi individu
yang hilang dipercayai hilang bersama dengan Zainudin. Individu pertama
merupakan isteri Zainudin sendiri iaitu Siti
Romlah (45 tahun). Individu kedua adalah anak kepada Zainudin yang bernama
Wawan Wahyudin (55 tahun). Individu ketiga, Zahra (6 tahun) yakni anak kepada
Wawan.
Penduduk kampung sebenarnya pernah mengajukan pertanyaan kepada anak lelaki Zainudin yang dikenali sebagai Erwin tentang keberadaan ibu bapanya. Erwin bagaimanapun berulang kali memberitahu bahawa ibu bapanya itu melakukan kerja di kawasan perladangan. Tidak lama selepas kehilangan Zainudin dan Siti Romlah, Erwin telah menjual tanah harta pusaka keluarga dengan alasan untuk membayar hutang bapanya. Pada sekitar bulan Februari 2022, Juwanda (26 tahun) yang merupakan adik lelaki tiri kepada Erwin telah pulang ke kampung sebelum mendapat perkhabaran mengenai kehilangan Zainudin, Siti Romlah, Wawan dan Zahra. Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, Juwanda pun terus mendesak Erwin supaya menceritakan perkara sebenar lalu berlakulah pertengkaran antara mereka. Selepas 24 Februari 2022, Juwanda tiba-tiba menghilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Berdasarkan keterangan daripada Erwin, dia mendakwa telah
membunuh Juwanda dengan cara pukulan secara berkali-kali menggunakan besi paip
sewaktu lelaki berkenaan sedang tidur. Perkara ini bermaksud Juwanda dipukul
sampai mati. Mayat Juwanda kemudian telah dibawa Erwin dan Dicky ke sebuah
kawasan ladang untuk ditanam. Setelah membuat pengakuan tentang pembunuhan
Juwanda, Erwin akhirnya mengaku jua telah membunuh Zainudin, Siti Romlah, Wawan
dan Zahra berpunca daripada rasa tidak puas hatinya dalam masalah pembahagian
harta pusaka mereka. Zainudin, Siti Romlah dan Wawan dibunuh Erwin dengan cara
tetakan kapak semasa mereka bertiga tidur. Zahra pula mati akibat dicekik oleh
Erwin. Bimbang perbuatan jahatnya terbongkar, Erwin telah menanam mayat empat
anggota keluarganya tersebut ke dalam tangki septik yang terletak di belakang
rumah mereka.
Bertindak atas maklumat yang Erwin berikan, pihak polis melakukan kerja penggalian mayat di kedua-dua lokasi tempat penanaman mayat. Menyedihkan kerana mayat Juwanda, Zainudin, Siti Romlah, Wawan dan Zahra ditemui dalam keadaan hanya tinggal tulang rangka. Buat masa sekarang hanya Erwin dan Dicky yang dinamakan sebagai suspek dan kes ini masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis.
Catat Ulasan for "KISAH KEHILANGAN KELUARGA ZAINUDIN YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"