KISAH LIMA PEMBUNUH UPAHAN GOYANG KAKI
Kisah ini menjadi tular di laman media sosial negara China pada
sekitar bulan Oktober tahun 2019. Seramai enam orang lelaki di mana lima
daripada mereka itu merupakan pembunuh upahan telah ditangkap atas kesalahan
cubaan melakukan pembunuhan terhadap seorang lelaki. Namun apa yang benar-benar
melucukan tentang kisah ini adalah lima orang pembunuh upahan tersebut menjalankan
kerja mereka dengan cara subkontrak.
Kisah sebenar bermula pada tahun 2013 apabila seorang lelaki
ahli perniagaan hartanah bernama Tan Youhui ingin membunuh seorang lelaki yakni
musuh perniagaannya iaitu Wei Mou. Tan merancang pembunuhan tersebut selepas
mendapat tahu mengenai Mou yang telah bertindak untuk memfailkan saman terhadap
syarikatnya berhubung dengan satu projek kerja. Rentetan daripada perkara itu
Tan mengorak satu langkahnya ke hadapan dengan mengupah seorang pembunuh upahan
yang dikenali sebagai Xi Guangan dengan kadar bayaran sebanyak $282 000. Xi
kemudian menerima tawaran tersebut.
Walaupun Xi sudah mengambil wang upah daripada Tan itu, Xi tidak
meneruskan kerja pembunuhan atas sebab
yang tidak diketahui. Walau bagaimanapun, Xi telah mengupah seorang pembunuh
upahan lain yang bernama Mo Tianxiang. Cumanya, kadar upah yang Mo terima
daripada Xi adalah sebanyak $141 000. Mo seterusnya melakukan perkara sama
seperti yang Xi telah lakukan iaitu mengupah pula pembunuh upahan lain untuk
membunuh Tan. Pembunuh upahan yang dimaksudkan tersebut adalah Yang Kangsheng.
Mo berjanji akan membayar Yang sekitar $109 000. Xi upah Mo, Mo upah Yang,
giliran Yang Kangsheng pula mengupah pembunuh upahan keempat iaitu Yang Guangsheng
dengan jumlah upah $99 000. Yang Guangsheng juga mengambil jalan mudah di mana
dia membayar pembunuh upahan kelima yang dikenalpasti sebagai Ling Xiansi bagi
memastikan Wei mati. Ling bagaimanapun menerima wang upah lebih rendah daripada
jumlah asal iaitu hanya $14 000.
Kesudahan kisah, Tan selaku dalang utama akhirnya telah
ditangkap oleh pihak polis kerana cubaan melakukan pembunuhan terhadap Wei.
Penangkapan tersebut dibuat susulan laporan polis yang dibuat Wei berkenaan
plot pembunuhannya. Wei mengetahui niat jahat Tan itu hasil maklumat yang Ling
berikan. Perkara ini bermaksud Ling sebagai pembunuh upahan kelima tidak
membunuh Tan. Ling sebaliknya telah mendedahkan perkara sebenar kepada Wei.
Susulan pendedahan daripada Ling tersebut, dia dan Wei akhirnya bersepakat untuk
memalsukan kematian Wei. Maka Ling pun mengambil foto Wei yang berpura-pura
mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat. Foto tersebut dihantar secara
berantai kepada Tan sebagai bukti Wei telah pun mati. Pada masa sama, Wei telah
membuat laporan polis tentang perkara sebenar yang sudah berlaku kepada
dirinya.
Tan Youhui, Xi Guangan, Mo Tianxiang, Yang Kangsheng, Yang Guangsheng dan Ling Xiansi yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara dengan masing-masing dipenjarakan untuk tempoh berbeza iaitu dari 2 hingga 5 tahun penjara.
Catat Ulasan for "KISAH LIMA PEMBUNUH UPAHAN GOYANG KAKI"