KISAH PEMBUNUHAN JEFFREY DAHMER DALAM PENJARA
Sejak penayangan siri pembunuh bersiri berjudul "Dahmer :
Monster – The Jeffrey Dahmer Story” melalui penstriman Netlfix pada bulan
September lepas, namanya terus hangat diperkatakan oleh pengguna laman media
sosial. Manakan tidak, cara pembunuhan kanibal yang Jeffrey lakukan adalah
sangat kejam dan langsung tidak berkeperimanusiaan sama sekali. Jeffrey pada
akhirnya telah ditangkap sebelum diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara
seumur hidup. Dia bagaimanapun mati dibunuh oleh banduan lain pada tahun
keduanya di penjara tersebut. Satu fakta menarik yang harus diketahui, cara
kematian Jeffrey itu adalah sama dengan cara pembunuhan yang dia telah lakukan
kepada mangsa pertamanya.
Sebaik saja Jeffrey dipenjarakan di penjara Columbia, Portage, Winconsin, dia menyedari bahawa dirinya begitu dibenci oleh kebanyakan banduan dalam penjara itu. Perkara ini bermaksud Jeffrey boleh dibunuh bila-bila masa saja jika pegawai penjara terlepas pandang akan soal keselamatannya. Hampir semua banduan dalam penjara tersebut tahu tentang latar belakang Jeffrey sebagai pembunuh bersiri yang telah membunuh seramai 17 orang lelaki. Lagi dahsyat, pembunuhan yang Jeffrey lakukan itu adalah secara kanibalisme di mana ada antara mangsanya digerudi secara hidup-hidup, dikerat dan dimasak organ mereka. Jeffrey dipercayai sebagai seorang yang rasis kerana mangsa-mangsa yang dibunuhnya adalah berbangsa Afrika Amerika, Latin dan Asia. Dalam erti kata lain, tiada seorang pun mangsa Jeffrey ini yang berkulit putih. Walau bagaimanapun, Jeffrey membuat penafian perihal rasisme ini dengan dakwaan dirinya memang gemar dengan individu berkulit gelap.
Christopher Scarver |
Pada 28 November 1994, Jeffrey bersama dua orang lagi banduan lain telah diarahkan untuk membersihkan tandas dalam gimnasium kawasan penjara berkenaan. Dua banduan lain yang dimaksudkan itu adalah Jesse Anderson dan Christopher Scarver. Ketiga-tiga banduan tersebut melakukan kerja-kerja pembersihan itu dalam keadaan mereka tidak bergari dan tidak berantai. Malah mereka bertiga dibiarkan begitu saja tanpa sebarang pengawasan. Kebiasaannya, Jeffrey memang akan diawasi ketat oleh pegawai penjara memandangkan dia merupakan sasaran utama serangan para banduan dalam penjara itu terutamanya banduan berkulit hitam.
Christopher mengambil kesempatan pada waktu tersebut untuk
membunuh Jeffrey dengan cara hentakan bertubi-tubi pada bahagian kepala
menggunakan batang besi dumbel. Jesse turut dibunuh dengan cara yang sama.
Jeffrey yang dikejarkan ke hospital sesudah itu disahkan meninggal dunia akibat
kecederaan parah di kepalanya manakala Jesse pula mati pada dua hari
berikutnya. Susulan kematian Jeffrey, Christopher yang didapati bersalah atas
dua kesalahan membunuh telah menerima dua hukuman penjara seumur hidup. Christopher,
Jeffrey dan Jesse dipercayai sengaja dibiarkan dalam keadaan tidak bergari dan
tidak berantai oleh pegawai penjara pada hari kejadiaan. Harus diingatkan,
tiada seorang pun dalam penjara tersebut yang menyukai Jeffrey.
Steven Hicks |
Mengenai mangsa pertama pembunuhan Jeffrey, namanya adalah Steven Mark Hicks yang berusia 19 tahun. Pada 18 Jun 1976, Jeffrey telah memukul kepada Steven menggunakan batang besi dumbel dengan dua pukulan. Selepas itu, Jeffrey mencekik Steven sampai mati dengan batang besi dumbel tersebut. Setelah Steven mati, Jeffrey telah menelanjangkan mayatnya. Jeffrey melakukan sedemikian bagi membolehkannya melakukan aksi melancap. Mayat Steven seterusnya ditanam di belakang rumah Jeffrey akan tetapi digali semula pada beberapa minggu berikutnya. Tulang rangka Steven dihancurkan Jeffrey menggunakan bahan asid sebelum dibuangnya ke dalam mangkuk tandas. Kisah penuh Jeffrey boleh dibaca di sini : Jeffrey Dahmer, Milwaukee Canibal.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN JEFFREY DAHMER DALAM PENJARA "