Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ELENI TOPALOUDI

Eleni Topaloudi

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara Greece pada tahun 2018. Tahun tersebut, Eleni Topaloudi adalah seorang wanita anak tunggal berusia 21 yang baik sangat baik, pintar dan begitu menghormati kedua-dua orang katanya. Dalam erti kata lain, Eleni yang juga merupakan seorang pelajar universiti bukan seorang wanita bermasalah sama sekali. Dia tinggal bersendirian di sebuah apartment yang terletak di kawasan Pulau Rodos. Cuma apa yang agak menyedihkan tentang Eleni yakni pada tahun 2017, dia sebenarnya pernah menjadi mangsa rogol oleh tiga orang lelaki. Dia terpaksa merahsiakan insiden rogol itu daripada pengetahuan ibu bapanya pada waktu berkenaan kerana menerima ugutan daripada perogol tersebut yang membuat ugutan untuk menyebarkan video rogolnya itu jika Eleni membuka mulut.

Aleksander Luca

    Kisah bermula pada sekitar bulan November 2018 apabila Eleni telah menerima pesanan mesej Facebook daripada seorang lelaki berusia 19 tahun bernama Aleksander Luca. Aleksander yang berasal dari negara Albania yang berwajah tampan dan memiliki tubuh badan sasa juga selalu terlibat dalam aktiviti amal kebajikan. Lebih kurang seminggu selepas perkenalan itu, Eleni akhirnya telah bersetuju untuk bertemu dengan Aleksander buat pertama kalinya.

    Pada malam 27 November 2018, Aleksander datang ke kawasan perkarangan apartment kediaman Eleni untuk menjemput wanita tersebut. Mengikut perancangan asal Eleni dengan persetujuan bersama daripada Aleksander, mereka berdua akan makan malam di sebuah restoran kebab. Namun apa yang mengejutkan Eleni pada malam itu, Aleksander telah datang menjemputnya bukan secara bersendirian. Ada seorang lagi lelaki yang bersama dengan Aleksander pada malam tersebut. Lelaki itu dikenali sebagai Manolis Koukouras. Mengenai Manolis, dia adalah anak kepada orang kaya-raya yang menjalankan perusahaan restoran dan hartanah. Selain itu, Manolis sebenarnya pernah beberapa kali terlibat dalam kes jenayah. Walau bagaimanapun, dia sering dilepaskan daripada pertuduhan jenayah tersebut atas faktor pengaruh yang dimiliki oleh ibu bapanya.

Manolis Koukouras

    Berbalik dengan cerita waktu kejadian, Manolis kemudian telah mencadangkan kepada Akelsander untuk membeli kebab secara pandu lalu saja dan seterusnya pergi bersantai di salah sebuah rumah mewah milik keluarganya yang terletak bedekatan dengan restoran kebab itu. Menyedari situasi aneh tersebut, Eleni mengambil pendekatan dengan menghantar teks mesej kepada seorang rakannya untuk menghubunginya pada waktu sejam setelah penghantaran teks mesej itu dihantar. Sejam berikutnya, panggilan telefon Eleni yang dibuat oleh rakannya tersebut langsung tidak berjawab.

    Keesokan harinya, pihak polis telah menerima aduan tentang penemuan mayat seorang di sebuah kawasan persisiran pantai. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mayat wanita yang dalam keadaan tangan dan kakinya terikat tersebut didapati sudah hancur teruk pada bahagian mukanya. Malah bahagian tubuh badannya yang lain juga mempunyai kecederaan parah. Berdasarkan pemeriksaan yang pihak polis jalankan, identiti mayat itu telah dikenal pasti sebagai Eleni Topaloudi. Laporan forensik juga menunjukkan hampir semua kesan kecederaan yang Eleni alami itu bukanlah akibat terjatuh. Eleni dipercayai masih hidup sesudah dia dilemparkan dari kawasan tebing tersebut lalu meninggal dunia secara perlahan disebabkan kecederaan yang dialaminya itu. Susulan daripada perkara itu, pihak polis tidak melengahkan masa melakukan siasatan lanjut. Hasil siasatan tersebut, pihak polis berjaya mengenal pasti Aleksander sebagai individu terakhir yang dilihat bersama dengan Eleni pada malam kejadian. Pengenalpastian itu dibuat berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup di kawasan apartment Eleni. 

    Maka dengan tertangkapnya Aleksander sekaligus telah membawa kepada penangkapan Manolis sekali. Menurut keterangan daripada Aleksander mengenai kronologi pada malam kejadian, dia dan Manolis telah memaksa Eleni untuk memuaskan nafsu seksual mereka berdua. Eleni bagaimanapun berkeras menolak permintaan Aleksander dan Manolis itu. Penolakan daripada Eleni tersebut ternyata telah membuatkan Aleksander dan Manolis benar-benar berasa marah. Kedua-dua mereka bertindak di luar kawalan dengan memukul dan mencekik Eleni hingga pengsan. Lebih dahsyat, Eleni dipukul menggunakan pisau dan badannya juga ditoreh dengan pisau. Sewaktu Eleni dalam keadaan lemah tidak bermaya itulah Aleksander dan Manolis merogolnya. Dek kerana bimbang reputasi keluarganya akan tercemar, Manolis telah bersepakat dengan Aleksander untuk melemparkan Eleni dari kawasan tebing tinggi dengan harapan wanita tersebut akan tenggelam dan hanyut di lautan. Namun tanpa mereka berdua sedari, Eleni terjatuh di kawasan persisiran pantai.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Aleksander dan Manolis yang didapati bersalah atas pertuduhan merogol dan membunuh telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur dengan tambahan lagi 15 tahun penjara. Pada bulan Jun 2020, Aleksander menerima penambahan 15 tahun lagi penjara selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita orang kurang upaya berusia 19 tahun. Aleksander dilaporkan melakukan jenayah rogol tersebut hanya beberapa hari sesudah pembunuhan Eleni. Demi keadilan untuk Eleni, seorang rakannya juga telah tampil membuat pendedahan tentang insiden rogol yang menimpa Eleni pada tahun 2017. Rakan Eleini itu turut mendedahkan identiti ketiga-tiga suspek di mana salah seorang daripada suspek tersebut merupakan rakan kepada Manolis. Hingga artikel ini ditulis, perkembangan status perbicaraan terhadap tiga orang suspek rogol terbabit masih tidak dapat untuk dipastikan. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ELENI TOPALOUDI "