PENGAKUAN SEORANG PENYELAM LAUT DALAM
Pautan kisah
asal : Confessions of a Deep Sea Diver
***
Aku baru saja meninggalkan pekerjaanku sebagai seorang
penyelam laut. Sebelum ini, aku bekerja untuk sebuah syarikat besar yang
menawarkan perkhidmatan penyelaman dalam laut seperti penyelamatan, letupan,
pembaikian kapal dan pencarian. Memandangkan syarikat majikanku adalah syarikat
yang bereputasi tinggi, maka tidak hairanlah mereka sering ditawarkan kontrak
oleh pihak kerajaan. Dikelilingi dengan rakan sekerja yang baik, sejujurnya aku
pasti akan merindui untuk bekerja dengan mereka semua. Cuma terlalu banyak sebenarnya
penjelasan kabur tentang peristiwa misteri dalam lautan yang akan menyebabkan
kamu lebih rela untuk tinggal di daratan buat selama-lamanya. Berikut adalah
beberapa peristiwa aneh yang ku alami sepanjang karier sebagai seorang
penyelam.
Sewaktu sedang menjalankan satu tugasan, bebaling kapal kami tiba-tiba tersangkut. Tanpa melengahkan masa, aku mengenakan sut
selam dan terus terjun untuk memeriksa keadaan. Rupa-rupanya bebaling terbelit
dengan tali pukat. Penyelia aku yang dimaklumkan dengan keadaan itu kemudian
menurunkan beg kanvas berisi peralatan. Masalah teknikal tersebut berjaya
dibaik pulih oleh aku pada masa yang singkat. Semasa meletakkan beg peralatan,
aku terdengar bunyi derapan. Bila diperiksa pada dalam beg, ada banyak
cengkerang besar. Entah siapalah yang meletakkannya. Selepas kembali naik ke
atas kapal, aku memeriksa cengkerang tersebut sekali lagi. Anehnya di sini,
terdapat ukiran tulisan hieroglif pada cengkerang tersebut. Kata seniorku,
bukan aku seorang yang pernah mengalami kejadian pelik sedemikian rupa.
Penyelam-penyelam lain sebelum ini pun pernah terkena dengan benda yang sama.
Link Shopee : https://shope.ee/9p6CR892sC |
Dalam satu peristiwa lain, kami dikerahkan untuk melakukan pencarian sebuah pesawat tentera yang dilaporkan terhempas. Setibanya kami di tempat kejadian, kapal tentera laut sudah pun menunggu. Kami dimaklumkan bahawa mereka telah terputus hubungan dengan juruterbang pesawat malang itu. Jadi, kami kemudiannya diminta melakukan operasi pencarian agar siasatan lengkap dapat dijalankan dengan segera. Mengejutkan di sini, pesawat tentera yang terhempas itu ditemui dalam keadaan sempurna. Senang cerita, sebuah pesawat terhempas tapi tidak hancur berkecai. Begitu juga dengan kanopi pesawat yang didapati dalam keadaan tertutup. Ini bermaksud tiada sebarang petanda yang menunjukkan juruterbang meloloskan diri. Jasad juruterbang? Langsung tak dapat ditemui. Sejurus penemuan pesawat tersebut, pihak tentera mengambil alih operasi. Maka, tiada lagi sebarang perkhabaran berita mengenai pesawat itu.
Aku juga pernah menyaksikan peristiwa aneh dari sisi atas
tempat kami menjalankan tugasan perobohan. Penjelasan paling mudah untuk
kalian, satu-satunya cara untuk mengesan kedudukan penyelam adalah melalui buih
yang timbul di permukaan air. Ketika kejadian ini berlaku, kami berada beratus
batu jauhnya dari daratan. Dua orang penyelam ditugaskan untuk menyelam. Lebih
kurang sejam selepas itu, kami yang berada di sisi atas berjaya mengesan
sesuatu yang agak aneh. Ada tiga buih yang timbul di permukaan air tempat dua
orang penyelam kami melakukan tugasan. Pada mulanya, kami menyangka buih
tersebut adalah disebabkan masalah teknikal. Namun, sangkaan itu ternyata
meleset selepas kami mendapati ada buih keempat bergerak ke arah yang sama
namun buih tersebut berhenti berdekatan tiga buih lain iaitu dengan jarak
kira-kira 20 kaki dari penyelam. Demi inginkan kepastian, kami berhubung dengan
para penyelam dan diberikan maklum balas bahawa tiada sebarang benda luar biasa
yang berlaku. Tidak lama kemudian, kami tiba-tiba terdengar sejenak suara
jeritan yang menakutkan dari dasar laut. Saat mendebarkan berlaku apabila
beberapa lagi buih timbul bergerak ke lokasi penyelam kami. Penyelia bertindak
cepat dengan mengarahkan dua penyelam itu supaya segera naik ke permukaan air
untuk diangkut naik ke atas. Kami berjaya mengangkut naik mereka berdua biarpun
tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Itu adalah lebih baik daripada
didekati makhluk di sebalik buih tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/1VR4VzVvVY |
Satu lagi pengalaman yang cukup menakutkan aku adalah ketika pertama kali menjalankan operasi penyelamatan berdekatan dengan Bahamas. Aku dan beberapa orang lagi penyelam berpengalaman ditugaskan menyelam sedalam 200 kaki di dasar lautan untuk memeriksa kapal karam. Sebaik sahaja mendekati kapal tersebut, aku mendapati ada seorang penyelam sedang memeriksa salah satu bahagian kapal. Dia seterusnya berenang mengelilingi bahagian atas kapal tersebut. Aku kemudian berulang kali menyoal sama ada dia memerlukan bantuan. Penyelam itu tetap menjawab tidak. Dia yang enggan memasuki kapal bekeras untuk kekal berada di bahagian pintu. Aku yang menyangka dia sedang dalam kekeliruan pun cuba mencengkam tangannya. Belum sempat berbuat sedemikian, aku menyedari bahawa tiada buih yang keluar dari topengnya. Apa yang pasti, penyelam misteri itu tidak bernafas. Aku lekas berundur dan melaporkan peristiwa itu kepada penyelia kami yang berada di atas. Penyelia kemudian memberi respon dengan mengarahkan kami semua untuk naik ke permukaan air. Setibanya di atas, penyelia cuma memaklumkan bahawa dia enggan meletakkan kami semua dalam situasi berbahaya. Dia enggan mengulas lanjut perkara tersebut. Operasi pun ditamatkan dengan serta merta.
Entah bagaimana aku nak ceritakan pengalaman yang
seterusnya. Beginilah. Aku terbaring di dasar, mengadap ke satu permukaan. Masa
itu, apa yang bolehku lihat hanyalah kegelapan yang berbeza-beza warnanya. Aku
sendiri berasa buntu bagaimana diriku boleh berada di situ. Sewaktu menyelam
memang tiada apa yang boleh diingat, apatah lagi untuk mengingati kronologi
kejadian yang lain. Aku kemudian cuba untuk bangun, tapi badanku langsung tak
nak bergerak. Hanya mampu terbaring kaku. Namun, aku dapat mendengar suara
manusia dari atas yang memberikan arahan kepada para penyelam untuk mencari
aku. Aku mula berasa musykil. Berapa lama dah sebenarnya aku berada di bawah?
Berapa lama dah aku "menghilang"? Aku juga terdengar suara seorang
individu di atas yang memberitahu bahawa aku telah disambar oleh
"sesuatu". Selepas beberapa minit mendengar komunikasi yang mencemaskan
itu, pandangan gelap yang aku lihat tadi mula bertukar menjadi terang. Tak lama
kemudian, aku ditemui oleh salah seorang penyelam. Saat aku dibawa naik ke
atas, aku sempat memerhatikan keadaan sekeliling. Rupa-rupanya, tempat aku
berbaring tadi dipenuhi dengan longgokan tulang manusia.
Link Shopee : https://shope.ee/6ACu4tJLkn |
Salah satu perkara paling aneh yang pernah aku saksikan adalah ketika menjalankan operasi pencarian mayat. Kalau aku tidak berada di tempat kejadian sewaktu kejadian ini berlaku, sudah pasti aku sendiri pun tidak akan mempercayai dengan cerita sebegini. Pihak tentera telah menjumpai satu tapak yang dipercayai sebagai lokasi mayat-mayat pelayar era Perang Dunia Kedua. Kami ditugaskan untuk membawa naik saki-baki mayat tersebut. Di dasar tapak itu, kami berjaya menemui tiga rangka manusia yang kemudiannya disimpan ke dalam beg mayat. Sewaktu dalam perjalanan naik ke permukaan, kami mendapati ketiga-tiga beg itu mula bergerak. Pada mulanya, pergerakan biasa, namun ia bertukar pergerakan yang agak kasar. Dua daripada beg mengeluarkan buih, manakala satu lagi beg dilihat sedang bergelut. Sampai di geladak, kami semua berasa takut untuk membuka beg tersebut. Bagaimanapun, salah seorang daripada kami kemudiannya memberanikan diri untuk membuka beg mayat yang pelik itu. Beg mayat pertama pun dibuka. Alangkah terkejutnya kami apabila melihat rangka manusia yang kami kutip tadi telah bertukar menjadi lelaki tua. Dia yang dalam keadaan lemah bergolek sana-sini memuntahkan air. Tanpa berfikir panjang, aku membuka baki dua lagi beg mayat. Sama, dalamnya dua orang lelaki tua yang terbaring kaku. Sepertinya, mereka semua kelihatan seperti baru sahaja selepas kelemasan. Bantuan CPR diberikan, namun dua mayat lelaki tua itu tidak memberi sebarang respon. Lelaki tua yang hidup tadi pula tiba-tiba berundur serta menjerit dalam ketakutan. Dia ada menyebut pasal keabadian. Kami pun bertindak untuk mengurungnya di dalam sebuah bilik dan menghubungi pihak tentera. Tak sampai sejam kemudian, pihak tentera tiba dengan menaiki helikopter. Sewaktu dua beg mayat itu diperiksa oleh seorang tentera, kami dikejutkan dengan satu peristiwa aneh. Dua mayat lelaki tua tadi telah pun mereput. Beg mayat tersebut seterusnya diangkut ke dalam helikopter. Lelaki tua yang dikurung itu pula asyik menjerit. Pada masa yang sama, seluruh tubuh badannya juga mula mereput. Dia akhirnya dibawa masuk ke dalam helikopter. Tanda noktah untuk cerita tiga mayat tersebut. Dinding dalam bilik kurungan itu pula dipenuhi dengan tulisan hieroglif yang ditulis oleh si lelaki tua itu dengan darahnya sendiri. Aku sendiri pun tak faham apa yang aku lihat. Apa yang berlaku selepas itu? Penyelia menyental bersih semua tulisan tersebut. Semuanya adalah demi kebaikan kami sendiri.
Link Shopee : https://shope.ee/30FsJuaroH |
Aku pernah mendengar mengenai legenda Penjaga Laut. Kadang-kadang aku sendiri pun tertanya perkara itu. Andaianku, mungkin itulah kata kunci tentang peristiwa pelik yang terjadi di dasar lautan. Satu mitos sebenarnya yang jarang diperkatakan. Apabila penyelam hilang nyawa di dasar lautan, perkara itu tidak terhenti begitu saja. Sumpahan akan menyebabkan mereka berkeliaran untuk selama-lamanya. Saat "mereka" menemui sesuatu yang bernyawa, mereka akan mengheret nyawa itu pergi ke alam mereka.
Catat Ulasan for "PENGAKUAN SEORANG PENYELAM LAUT DALAM"